• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Hai reader semua,

Hari ini adalah 30 Ogos 2017 dan esok semua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun.  Syukur Alhamdulillah sudah 39 tahun Bonde menetap di Malaysia yang tercinta ini.

Moga Malaysia terus aman dan makmur dengan izinnya.

Untuk tahun ini, Tema kemerdekaan adalah "NegaraKu Sehati Sejiwa"

Seperti tahun sebelumnya, untuk siri tema hari kemerdekaan 2017 masih lagi sama di mana ia dikekalkan bagi mengambil semangat penyatuan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan juga bangsa.

LOGO HARI KEBANGSAAN


MAKSUD LOGO :


RASIONAL TEMA


NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

LOGO NEGARAKU SEHATI SEJIWA


Lirik Lagu Tema Merdeka 2015: Sehati Sejiwa


Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi

Hai reader semua,

Anda suka tak makan Peria Katak?


Bonde suka tau makan peria katak, ada orang memang tak suka makan benda-benda yang pahit, tapi Bonde kalau setakat pahit peria katak masih boleh dimakan dan diterima oleh tekak.

Kata arwah mak, yang pahit adalah penawar.  Jadikan ianya ubat.

Khasiat Terdapat Dalam Buah Peria Katak.


1) Sangat rendah kalori, hanya 17 kalori dalam 100g.  (bagus amik waktu diet)

2) Tinggi Fiber, Mineral & Anti-oksidan

3) Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah. (Bagus untuk pesakit Diabetes Type II)

4) Tinggi Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin (Anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan, anti-kanser dan mencegah penyakit kronik )

5) Mengandungi Niacin (vitamin B3), Pantothenic acid (vitamin B5), Pyridoxine (Viamin B6), Zat Besi, Zinc, Manganese dan Magnesium.

6) Membantu menurunkan kolestrol

7) Membantu mencegah sembelit

8) Mencegah jangkitan


kredit info : drmalinda

CARA MASAK PERIA KATAK SUPAYA TIDAK PAHIT



RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,

Kalau ada yang tidak pernah tengok Buah Peria Katak, Buah yang adalah seperti dibawah :-

4 Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit.

1) Basuh buah peria katak terlebih dahulu.

RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,

2) Kemudian belah dua buah peria katak seperti dibawah :-

RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,

3) Kemudian buangkan biji peria katak tersebut.

RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,

4) Hiris-hiris ikut saiz kesukaan anda dan rendam dalam air garam.  selepas itu ramas-ramas sedikit peria tersebut dan tapiskan air.  Cara ini dapat mengurangkan rasa pahit tersebut.  Kalau yang suka makan ulam peria katak memang dah boleh makan dengan nasi.  sedapnyeeee.


RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,


Cara Memasak Peria Katak.

Bahan-bahan :

7 biji - Peria Katak (dihiris seperti diatas)
200 g - Ikan Bilis Tamban
5 biji - Cili Api (dihiris)
1 labu - Bawang merah (dihiris)
1 labu - Bawang Putih (dihiris)
1 biji - telur
Sedikit - Serbuk kunyit
Sedikit - Serbuk cukup rasa maggi
sedikit - minyak masak

Cara memasak :

Ambil ikan bilis tamban basuh bersih dan goreng hingga garing, setelah tu angkat dan ketepikan.  dengan mengunakan  minyak yang sama tumiskan bawang putih dan bawang merah kemudian masukan serbuk kunyit, masukkan serbuk rasa maggi dan pecahkan telur, setelah ianya garing masukan peria, ikan bilis dan cili api, gaul rasa dan siap untuk dihidangkan.


RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,

Ikan Bilis Tamban

RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,

RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN


RESEPI PERIA GORENG BERSAMA IKAN BILIS TAMBAN, Cara Memasak Peria Katak,Cara Masak Peria Katak Supaya Tidak Pahit,


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Kali ini, Bonde ingin memperkenalkan kepada anda semua produk terbaharu dari Enchanteur Stunning.  Produk Enchanteur adalah produk kesukaan Bonde sejak zaman sekolah lagi.. memang sejak dulu lagi Bonde suka baunya yang sangat harum dan kekal lama.  Entri sebelum ini, memperkenalkan Enchanteur Paris memang best juga tau...

Kali ini Enchanteur Stunning didatangkan dengan kotak pink yang cantik sekali... Kotak ni boleh letak barang kemas atau aksesori nanti, Box cantik ni siap ada laci tau...


Tada.... menarik tak? berbunga-bunga hati Bonde mendapat Kotak ini tau... sweet sangat!

Enchanteur Stunning

Jom kita lihat satu persatu produk baharu ini...

AROMA KEANGGUNAN MEMPESONA BERSAMA ENCHANTEUR STUNNING 

Enchanteur Stunning

Mengapa Bunga-bunga berwarna peach ini...bertaburan dan menghiasi semua produk baharu Enchanteur Stunning?

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood


ENCHANTEUR Eau De Toilette 


Boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml

Enchanteur Stunning

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


Losyen Enchanteur 


Boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60

Enchanteur Stunning

Deodoran Enchanteur Semburan


Boleh didapati dengan harga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Enchanteur Stunning

Deodoran Enchanteur 


pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Enchanteur Stunning

Bedak Enchanteur 


berharga dari RM4.40 hingga RM11.80

Enchanteur Stunning

Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke:

Website: www.enchanteur.com.my 

Facebook: www.facebook.com/EnchanteurMY.


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
8 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Alhamdulillah Bonde dah selamat dengan jayanya renew domain NetKL untuk www.bondezaidalifah.com

Terima kasih NetKL asyik dok remain kat email, mengingatkan Bonde untuk renew domain nih!!!

Bonde masih ingat lagi jangan risau yea NetKL kan Bonde ambik tarikh 20 Ogos tu.. InsyaAllah senang nak ingat.

Cuma Bonde agak sibuk dua tiga hari ni, maklumlah tarikh exam Bonde pon jatuh pada 20 Ogos juga sangat surprise sangat... nak nages rasa.  Moga ada hikmahnya di sebalik tarikh 20 Ogos ni InsyaAllah.

Anda yang belum bertukar domain tu, cepat-cepat tukar tau, gunakan khidmat NetKL sangat senang dan memudahkan anda, akaun blogpost tranffer ke domain baru semua NetKL yang buatkan. layout tak lari dan anda tak perlu nak repair sampai peluh menitis, air mata menitis semua tu hu hu hu Alhamdulillah.... semua NetKL yang buat.


SELESAI RENEW DOMAIN KALI KE TIGA DEKAT NETKL



NetKL

Invois dari NetKL



NetKL

Tranffer Bayaran guna cimb klik 


NetKL

Email Pembayaran diterima dari NetKL dan berjaya.


Alhamdulillah selesai satu bab... lepas ni nak renew lesen pula.

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang..



TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program
tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 


Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada
para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat
yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri
Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun,
kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang
agak mengejutkan di mana 
terdapat penduduk
yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200
ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di
samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Bonde nak share berita gembira dengan anda semua... ini adalah kali pertama Bonde menang hadiah di 100.comment.com, lama sudah Bonde daftar nama dekat laman 100.comment.com ni tapi jarang-jarang sekali berkesempatan nak comment dekat situ.  Kes malas bertingkat-tingkat.

Jika anda pernah mendaftar dengan 100.comment.com , anda akan terima email dari mereka tentang produk baharu ia datang sekali dengan giveaway dan pertandingan, kadang-kadang anda kene share beberapa pengalaman anda sebagai pengguna yang menggunakan produk dan barangan yang berada dalam tersenarai 100.comment.com.


BONDE MENANG ZIPIT COLOURZ LUNCH BOX





Ada satu hari tu Bonde terajin nak buat satu contest yang mereka adakan. Masa tu Bonde tengah free,  sekali tu Bonde ikut terma dan syarat kalau kita nak review sebagai pengguna kena lampirkan gambar sekali.

Ya Allah rupanya banyak barangan yang selama ini Bonde beli, boleh share pengalaman sebagai pengguna dekat 100.comment.com dengan pengguna yang lain.

Kerja Bonde sekarang, Bila beli barang atau produk first kene ambik gambar. sebelum apa-apa terjadi keatas barang tersebut Bonde ambik dulu gambarnya. Dengan harapan Bonde boleh share pengalaman sebagai pengguna dengan anda semua.  Tak semua orang nak share pengalaman sebagai pengguna betul tak?

Kalau anda nak beli sesuatu barangan atau produk pon anda boleh servey review dari pengguna di laman web ini.


REVIEW HEALTY & BEAUTY




REVIEW BABY & KIDS


REVIEW GROCERY (BARANGAN DAPUR)


 REVIEW DIGITAL GADGETS


 REVIEW ELECTRICAL & APPLIANCES

 REVIEW HOUSEHOLD

 REVIEW SPORTS & FITNES



CARA NAK MENANG GA DEKAT 100.comments.com

1- Daftar di laman 100comments.com

2- Ambil Gambar Produk dan Barangan

3- Join GA yang ditawarkan ikut terma dan syarat

4- Share review anda mengikut kategori seperti diatas sebanyak 300 patah perkataan.

Jadi apa tunggu lagi? cepat-cepat daftar dekat laman web https://100comments.com dan lepas tu bolehlah chek apa yang ada dekat rumah tu. Boleh bagi review dekat 100comments.com, review atlest 300 patah perkataan tau!

Untuk info lanjut boleh tengok sini :

Instagram : https://www.instagram.com/my100comments/

Facebook : https://www.facebook.com/my100comments/

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Hari ini,
13 Ogos 2017 bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2 diadakan larian IJM Land Half Marathon 2017. Seawal jam 5.00 pagi lagi acara larian telah bermula.

Setiap kali IJM Land mengadakan larian marathon sebegini pastinya mendapat sambutan yang hangat dari Malaysia, seuruh asia dan paling jauh dari seperti New Zealand dan United Kingdom juga turut serta.

Kata orang kalau sudah minat dan memang hobi dimanakan ada penganjuran pasti mereka akan ikut serta.


IJM LAND HALF MARATHON 2017 
RUN TOGETHER, BOND STRONGER


IJM Land Half Marathon 2017


Pelari kategori Lelaki dan Perempuan Junior 10km yang datang untuk IJM Land Half Marathon 2017.



Majlis turut di meriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban sebagai tetamu VVIP.

IJM Land Half Marathon 2017

Bagi memeriahkan Majlis tersebut dimulakan dengan  "nyanyian Lagu Negaraku" nampaknya semua peserta bersatu hati menyanyikan lagu Negaraku dengan bangga sekali.


IJM Land Half Marathon 2017

PERSEMBAHAN DARI PELAJAR SEKOLAH CONVENT SEREMBAN


Menarik sekali persembahan chilleader dari pelajar sekolah ini... Diakhir tarian mereka menunjukan huruf IJM. (sungguh hebat sekali ralit tengok mereka menari mengikut lagu dan mengikut rentak ).

IJM Land Half Marathon 2017

IJM Land Half Marathon 2017

IJM Land Half Marathon 2017

IJM Land Half Marathon 2017

IJM Land Half Marathon 2017


UCAPAN DAN KATA ALUAN :

Managing Director of IJM Land Berhad, Mr Edward Chong Sin Kiat memaklumkan IJM Land Half Marathon 2017 kali ini , adalah kali yang ke enam diadakan, tahun ini sahaja lebih daripada 7,500 peserta dari seluruh Malaysia dan dari sejauh Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom dan Filipina dicampur-up kasut mereka berjalan pada pagi Ahad awal dan berkumpul di Dataran Centrio di Seremban 2 untuk IJM Land Half Marathon 2017 . 

Dimaklumkan lagi....Sekarang dalam tahun keenam, acara tahunan itu terus menarik penyertaan yang kuat dan minat di kalangan masyarakat berjalan di Seremban 2 persekitaran dan kejiranan sekitarnya, mengatasi rekod sebelum ini 6,000 peserta pada 2016

Walau sudah enam tahun diadakan sambutan sangat hangat dan meriah sekali, pasti ramai yang tertunggu untuk larian akan datang dan seterusnya.

Larian diadakan bukan setakat untuk peserta mendapat hadiah dan medal sahaja, ia juga adalah untuk sumbangan kepada satu bond komuniti, Sesuai sangatlah dengan taglinie yang IJM Land Berhad gunakan iaitu... #RunTogether #BondStronger

Tahniah diucapkan kepada IJM Land Berhad.


IJM Land Half Marathon 2017

Mr Edward Chong Sin Kiat 
Managing Director of IJM Land Berhad

MALIS PENYAMPAIAN HADIAH


IJM Land Half Marathon terbahagi kepada beberapa kategori untuk larian 10KM dan 21KM. 


Penyampaian hadiah untuk Kategori A Dan B (Top 5)


IJM Land Half Marathon 2017

IJM Land Half Marathon 2017

Penyampaian hadiah untuk Kategori C & D Top 5


IJM Land Half Marathon 2017

Dato 'Hoo Kim See (kanan), Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land Berhad dengan 5 pemenang sepanjang 21 km Lelaki Terbuka Kategori.

IJM Land Half Marathon 2017


Yang Berbahagia Dato 'Soam Heng Choon (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad dengan 5 pemenang atas 21km Wanita Kategori Terbuka.

PENYAMPAIAN PIALA KEPADA PELARI TERPANTAS.


Terdapat dua piala pemenang utama untuk acara ini seorang peserta lelaki dan seorang wanita.

Peserta terpantas untuk IJM Land Half Marathon 2017 ialah :

Kategori Lelaki ialah Ow Yong Jin Kuang (1 jam 18 minit) 

Katergori Wanita ialah Yee Pei Ni (1 jam 39 minit).





Yang Berbahagia Dato 'Soam Heng Choon (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad bersama-sama dengan pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2017, Ow Yong Jin Kuang (kiri) dan Yee Pei Ni 


Tahniah kepada Pemenang!

SUMBANGAN DARIPADA IJM LAND BERHAD


Hasil kutipan dari  IJM Land Half Marathon 2017 disalurkan untuk membantu golongan yang memerlukan. 

Kali ini, IJM Land Berhad telah memilih Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan dan juga Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia (MLDA) untuk diberikan sumbangan sebanyak RM20,000 bagi menampung dana pesakit.

IJM Land Half Marathon 2017

ACARA KEMUNCAK CABUTAN NOMBOR BERTUAH


Dua hadiah grand prizes terakhir untuk dimenangi oleh peserta larian iaitu : 



- sebuah TV Led Sharp 50 inci dan Apple IPhone 7 Plus .

Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban telah diberi mandat untuk membuat cabutan nombor bertuah tersebut.


IJM Land Half Marathon 2017

Pemenang TV Led Sharp 50 inci


IJM Land Half Marathon 2017


Pemenang Apple IPhone 7 Plus


IJM Land Half Marathon 2017

 Tahniah diucapkan kepada pemenang..... (seronoknya dapat hadiah)


PENYAMPAIAN TROPI KEPADA BARISAN PENAJA UNTUK IJM Land Half Marathon 2017 


-Yakult ( Penaja utama )

-TDK

-BMW Millennium Welt Seremban

-Columbia Asia Hospital Seremban 

-100 Plus 

-Milo 

-Neslte

-Mac Donald

IJM Land Half Marathon 2017


 Terima kasih diucapkan kepada semua penaja.



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
9 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Shuhaida Kabdy
    Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
  • Suria Amanda
    Sambutan Birthday Mak Sebelum PKP
  • Azlinda Alin
    Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Ana Suhana
    Idea Inovatif Mengenai Isu Alam Sekitar Muncul Sebagai Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • Blog Adianiez
    PdPR 2021 telah bermula | Kita boleh la, jangan risau!
  • Blog Sihatimerahjambu
    TikTok Tortilla Wrap Hack Hash Browns
  • Farhana Jafri
    Movie Review | Chameli
  • MrsPipDotCom
    Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang SOP PKP
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod)
  • Blog Wani Sukarno
    Drama Rahimah Tanpa Rahim Tonton Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU TV3
  • iamfuzy.com™
    Drama Melastik Ke Hatimu Online Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)
  • Fieza Sani
    Berbaloi Beli Haier Air Fryer Di CJ WOW Shop
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni, Insha Allah Boleh Reda
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • Fiza Aizzawa
    Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks (Main Kutu Cara Paling Selamat)
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Yaya Azura
    Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Ciktie Dot Com
    Sinopsis Pesan Dari Tuhan
  • Kitepunye Dot Com
    Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • apekinah.com
    Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • RINA ZUL
    Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Norhana Rosmida
    Cara Lebatkan Rambut Dan Hilangkan Kerak Di Rambut Anak Dengan Ardora Natural Kids Hair Oil
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose