RESEPI BUBUR PULUT HITAM VERSI BONDE



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Apa khabar?...

Bertemu kita 18 Ramadhan... Moga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Ada tak dekat sini peminat bubur pulut hitam... Sabtu lepas Bonde buat Bubur Pulut Hitam untuk iftar family Kanda di Banting... Kanda yang beli beras pulut hitam ni masa dia pergi kedah hari tu...

Baru ni Bonde sempat masakkan untuknya...

RESEPI BUBUR PULUT HITAM VERSI BONDE 

BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut hitam ~ direndam (Bonde rendam lepas sahur ... info lama lagi bagus)

3 liter air

15 sudu besar gula

1 ketul gula melaka

1 sudu garam

1 kotak santan

2 helai daun pandan

Cara Memasak Bubur Pulut Hitam :


Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (api sederhana).

Masukkan gula, gula melaka dan secubit garam. Masak lagi hingga gula hancur.

Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.

Padamkan api, sedia untuk dimakan...

Selamat Mencuba...



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. SA nyer version campurkan sekali santan...alaaa...bestnyaaaa lama x buat dah

    BalasPadam
  2. lama x makan bubur nii..sok boleh la buat.. :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.