KISAH TAILOR TAK NAK TANGGUNG DOSA



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Lagi beberapa hari sahaja nak bulan Ramadhan dan tak lama lagi nak bulan Syawal... Macam mana baju raya dah hantar ke tailor ke?

Kebanyakkan tailor dah tak nak terima dah kain yang nak dihantar tu... Harap maklum yea,  Lainlah kalau tailor tu mak, makcik, kakak , kakak ipar atau fav tailor anda yang biasa hantar tu kan!

KISAH TAILOR TAK NAK TANGGUNG DOSA




Bonde ada cerita tentang kakak tailor yang selalu Bonde hantar baju buat dekat dia,  Kakak tailor ni memang istimewa.

Sebab apa Bonde kata istimewa?

Kakak tailor ni tak akan ambik untuk tempahan baju-baju seksi tau?? Ada satu hari, ada kawan nak tempah baju kebaya dengan kain belah, tapi kakak ni tolak dengan baik.

Seminggu lepas tu, Bonde borak-borak dengan kakak tu, dan Bonde tanyakan padanya kenapa akak tak nak ambik tempahan darinya tempoh hari, 

Kakak tu kata.... 

Akak tak boleh ambik tempahan dia, sebab suami dah pesan, jangan ambik tempahan orang yang nak tempah baju fesyen seksi-seksi, misalnya kain belah dekat depan, lepas tu baju ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan, memang suami dia larang ambik tempahan yang macam tu....  Kain jugak main peranan, kalau jarang memang dia tak terima.  kalau hantar untuk kecikkan baju yang dah dibeli pon akak tu tolak.



Moral of story....

Kakak tu kata dia tak nak dapat saham dosa dari tempahan yang dia buat tu... masa tu baru Bonde faham kenapa dia tolak untuk buat baju tu,  sebenarnya tailor pon ada sebab munasabah jugakkan,  kenapa dia tak terima baju yang hendak dihantar tu... 

Jadi...

Kalau ada tailor yang anda jumpa macam ni... jangan tanya kenapa dia tak mahu terima, mungkin dia tak mahu terbeban dengan dosa anda... bila di akhirat kelah akan ditanya kenapa kau pakai baju tak menutup aurat? akhir sekali akan pulang soalan tu kepada tukang jahit baju itu.... betul tak?

fikir-fikirkannnn selamat beramal

P/S : tak sempat nak tempah baju?  Boleh shopping online dekat shopee.My


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Untung orang pandai menjahit ne, Boleh kumpul saham akhirat.

    BalasPadam
  2. Susah nak jumpa tukang jahit mcm ni bonde. Bagus sgt tindakan dia tu. Ana setuju :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.