• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Apa Khabar semua.... Kali ni Bonde nak kongsikan dekat anda semua cerita zaman sekolah menengah memang tak boleh lupa, Zaman ni adalah zaman kegemilangan gitu, muda-remaja dan aktif bersukan.  

Produk dan jenama Enchanteur memang femes masa zaman Bonde Sekolah dulu iaitu pada zaman 90an.

Produk Enchanteur memang menjadi pilihan dikalangan rakan-rakan sebaya. Pendek kata kalau tak pakai bedak talkum dan lotion Enchanteur bauan Charming pilihan Bonde masa tu,  memang rasa tak selesa kalau buat apa-apa rasa  serba tak kena.


enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion



Kini Enchanteur memperkenalkan produk terbaru dan berwajah baru serta ada 4 jenis bauan yang sangat memukau.

Sekarang ramai wanita menghabiskan masa yang lama di dalam pejabat dan bilik yang berhawa dingin. 

Ini adalah tidak baik untuk mendapatkan kulit yang sihat kerana kulit terdedah secara berterusan kepada udara sejuk dan kering, situasi ini akan membuat kulit menjadi kering, kusam dan kasar.


Untuk itu, gunakan Serum Wangian ENCHANTEUR Paris terbaharu yang diadun dengan wangian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie.


Enchanteur Paris Mon Amie

Apa yang bagus tentang ENCHANTEUR PARIS Mon Amie?


Kerana ia  mengandungi Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun yang memberikan manfaat penghidratan dengan meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 2x lantas membuatkan kulit berseri dan lembap sehingga 10 hari.

Penghidratan Ultra Hyaluronic yang mengandungi sodium hyaluronate akan menembusi kulit dan membentuk viscoelastic, iaitu sebuah lapisan filem yang boleh memerangkap lembapan dan meningkatkan keanjalan kulit. 

Minyak Zaitun pula adalah pelembap tembusan mendalam semulajadi yang menjana sel kulit serta melembutkan tisu, membuatkan ia ejen terbaik untuk mencegah masalah penuaan kulit dan turut membantu menghidratkan kulit. 

Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie ini, bebas dari alkohol, minyak, paraben, MIT dan triclosan, memberikan kelembapan selama 24 jam dan memastikan kulit cantik dengan lembapan yang tahan lama dan lembut. Ia sesuai digunakan setiap hari dan wangiannya yang menyegarkan pasti menceriakan hari anda.


Ennchanteur Paris Adore

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. 

Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. 

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.

Enchanteur Paris Belle Amor


Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. (wow ini memang Bonde suka perasaan sayang suami dan isteri)

Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 



Bonde suka semua produk terbaharu Enchanteur, Paling suka adalah Triple Whitening Parfum Serum sebab ianya sangat wangi dan baunya sangat menenangkan, Bonde suka dan ianya sendiri berada didalam hand bag mudah dibawa kemana-mana dan sentiasa ada apabila hendak dipakai bila-bila masa. 

Harga bagi setiap produk Enchanteur Paris ini adalah:

BELLE AMOUR

Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodarant
RM 8.70 ( 50ML )

MON AMIE

Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodarant
RM 8.70 ( 50ML )

ADORE


Whitening & Shooting Parfum Anti-Perspirant Deodarant

RM 8.70 ( 50ML )


MON AMIE

Double Moisture Parfum Lation
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

BELLE AMOUR

Triple Whitening Parfum Lotion
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

MON AMIE

Light Fresh Parfum Lation
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

ADORE

Antibacterial Care Parfum Lotion
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )


MON AMIE

Double Moisture Parfum Serum
RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

BELLE AMOUR

Triple Whitening Parfum Serum

RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

MON AMIE

Light Fresh Parfum Serum
RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

ADORE
Antibacterial Care Parfum Serum

RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

BELLE AMOUR

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )

MON AMIE

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )


ADORE

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )

Dekat mana boleh dapat Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini?

Ianya boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. 




Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai Enchanteur, sila layari :-

Website : www.enchanteur.com.my

Facebook : www.facebook.com/EnchanteurMY


Bonde suka gunakan Enchanteur setiap hari.

"Create Magical Moments Every Day"

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Tamat sudah perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia 2016 malam ini, diantara Kedah Lawan Selangor.

Lama sudah Bonde tak turun padang stadium Shah Alam tengok bola secara live, kebelakangan ini Kalau ada game bola, Bonde lebih selesa tengok dirumah sahaja antara faktor-faktornya ialah Malas hendak bersesak-sesak.

Lebih selesa tengok dekat rumah! Tetap menyokong pasukan negeri kelahiran!


Berikut adalah senarai pemain pasukan Selangor atau Gergasi Merah bagi saingan Liga Malaysia 2016 :


PENJAGA GOL
Khairul Azhan Khalid, Norazlan Razali, Zarif Irfan Hashimuddin

PERTAHANAN
Robert Cornthwaite (Australia), Mohd. Azmi Muslim, Muhd. Shahrom Abdul Kalam (Ketua Pasukan), Mohd. Bunyamin Omar, Mohd. Razman Roslan, Mohd. Raimi Mohd. Nor, Mohd. Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd. Azrif Nasrulhaq 

TENGAH
Andik Vermansyah (Indonesia), Nazmi Faiz Mansor, Saiful Ridzuwan Selamat, Mohd. Hafiz Kamal, S.Veenod, Mohd. Fitri Shazwan Raduan, R.Gopinathan, Khyril Muhymeen Zambri 

PENYERANG 

Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia), Adam Nor Azlin, Ahmad Hazwan Bakri, Abdul Hadi Yahya, Mauro Olivi (Argentina)



Berikut adalah senarai pemain pasukan Kedah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2016 :


PENJAGA GOL
Abdul Hadi Hamid, Muhd. Syazwan Abdullah, Mohd. Farhan Abu Bakar

PERTAHANANMohd. Sabre Mat Abu, Mohd. Syawal Nordin, Bang Seung-Hwan (Korea Selatan), Osman Mohd. Yusoff, Shafizan Hashim, Mohd. Raphi azizan Mariappen, Khairul Helmi Johari (Ketua Pasukan), Mohd. Rizal Ghazali, Muhammad Syazwan Tajuddin, Mohd. Aliff Fadhil Ismail, Azmeer Yusof, Ariff Farhan Isa, Mohd. Asri Mardzuki
 
TENGAH
Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi (Kosovo), Sandro da Silva Mendonca (Brazil), Amar Rohidan, Mohd. Amirul Hisyam Awang Kecik, Abdul Halim Saari, Muhammad Farhan Roslan, Mohd. Syazwan Zainon, Muhd. Hanif Mat Dzahir, Shazuan Ashraf Mathews, Syazuan Hazani


PENYERANG

Carlos Eduardo “Kahe” (Brazil), Ahmad Fakri Saarani, Muhd. Syafiq Ahmad

Baiklah bagi anda yang tidak berkesempatan tengok siaran langsung tadi, dibawah adalah :


KEPUTUSAN PENUH SELANGOR VS KEDAH FINAL PIALA MALAYSIA 2016 


Siaran Langsung Selangor vs Kedah Final Piala Malaysia

KEPUTUSAN PENUH SELANGOR VS KEDAH FINAL PIALA MALAYSIA 2016

Keputusan Separuh Masa Pertama
Selangor 0 – 0 Kedah

Keputusan Separuh Masa Kedua
Selangor 1 – 1 Kedah
Penjaring : Rizal Ghazali (Kedah), Hazwan Bakri (Selangor)

Separuh Masa Pertama Masa Tambahan
Selangor 1 – 1 Kedah

Separuh Masa Kedua Masa Tambahan 
Selangor 1 – 1 Kedah

PENALTI

KEDAH – 6

SELANGOR – 5


KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA



KEPUTUSAN PENUH SELANGOR VS KEDAH FINAL PIALA MALAYSIA 2016

#selangorselamanya
#selangorfc
#selangorpialaFA

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..

Sabtu 29 Oktober 2016 adalah merupakan Cuti Sambutan Hari Deepaavali, Selalunya iklan musim perayaan akan muncul dikaca tv.

Bonde tertarik hati untuk share pada anda semua tentang maksud yang tersirat dalam iklan Petronas ini. Marilah sama-sama hayati maksud yang tersirat.

IKLAN PETRONAS I AM MUNIANDY
Bertajuk, "Saya Muniandy",

Pengurus Besar Kanan Petronas komunikasi strategik kumpulan Zahariah Abd Rahman berkata webfilm yang menyampaikan mesej bahawa kita tidak harus membiarkan penampilan awan persepsi seseorang terhadap orang lain.

"Pada masa yang sama, webfilm juga membawa nilai-nilai sejagat yang positif toleransi, saling menghormati dan kebaikan untuk keharmonian serta perpaduan.

"Bagi setiap perayaan utama di Malaysia kita yang berbilang kaum, kita, di Petronas berharap untuk membawa kempen perayaan yang meraikan keindahan dan kepelbagaian budaya kita yang berbilang kaum dan tradisi kepada semua rakyat Malaysia," katanya ketika berucap sebelum melancarkan kempen Deepavali Petronas 2016 di sini semalam.

Zahariah berkata webfilm memberitahu kisah seorang lelaki muda yang bernama Muniandy dan rakannya, yang niat yang baik telah misperceived dan disalah tafsir.



Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita.


'I Am Muniandy' Iklan Hari Deepaavali Dari Petronas


Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.

Semoga cahaya ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi.
sumber


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Assalamulaikum Dan Selamat Malam...

Hai Beuty Blogger semua... Kali ini, Bonde nak perkenalkan kepada anda tetang program yang di anjurkan oleh Nivea iaitu :

NIVEA: KEJAR KERJA APPRENTICESHIP PROGRAM POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI

Baru-baru ini Bonde dapat jemputan ke event tersebut seperti diatas.  Disini ingin Bonde Kongsikan kepada anda semua... info berfaedah yang Bonde tahu dan anda juga perlu tahu,  walaupun tak dapat 'attend event' tersebut :

Memaparkan Kejar Kerja NIVEA & Forward Official Invitation.jpg

Jemputan Event Nivea




Kejar Kerja Apprenticeship Program 


Merupakan usahasama antara FORWARD dan NIVEA bagi menyediakan platform dan memberikan peluang kepada para gadis ini untuk mencari dan meningkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka serta meraih kerjaya dalam pelbagai industri kreatif di Malaysia. Projek ini juga diperkukuhkan dengan WOMEN:girls yang akan membantu kita untuk menyasarkan kumpulan pelatih khusus bagi tujuan perlaksanaan projek ini.


Antara ciri terbaik di dalam projek ini adalah penglibatan para perantis secara lansung bermula daripada hari perekrutan sehingga hari mereka berjaya mencapai matlamat utama selain daripada memperolehi inspirasi dan memperkasakan diri mereka melalui NIVEA  dan FORWARD.

NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah membuka ruang yang terbaik kepada para gadis untuk menonjolkan bakat serta menonjolkan potensi penuh mereka.

Melalui penglibatan mereka dengan NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program, mereka dipupuk serta diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi agar dapat memperbaiki diri walaupun mendapat kurang sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan serta segelintiran pemikiran masyarakat yang stereotaip. 


Apprentice 1 - Sharifah Fairus Safraa Bt Tuan Said Shaikh



Apprentice 2-Srivani A/P Manogran



Apprentice 3 - Nor Atiqah Bt Jamaludin



Apprentice 4 - Nur Ain Bt Shaari



Apprentice 5 - Sharifah Farah Farhana Bt Tuan Said Shaikh



Apprentice 6 - Fakhiriah Izzati Bt Muhammad Hashim



Apprentice 7 - Nur Balila Bt Basri


NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program menyasarkan gadis seawal usia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Projek ini menyediakan laluan yang lebih baik untuk mereka ceburi dalam bidang industri kreatif yang digemari, pada masa yang sama, project ini akan membantu merapatkan jurang kemahiran kritikal serta bakat di Malaysia. 

Gadis-gadis ini akan dibimbing oleh individu-individu terkenal seperti Chef Adu dari The Canteen, Boryeong Mud Facial Spa @ Nu Sentral, Baba Can Cook dari Limapulo, Project B, Souka serta penasihat kecantikan terbaik NIVEA.






Program ini turut dibimbing oleh nama-nama terkemuka seperti Christopher Ling dan Firdaus Nisha, yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang mereka sendiri agar dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan terhadap kejayaan ini. 

Berlian tidak muncul di depan mata, tapi perlu di cari.

Atas sebab itulah, NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah distrukturkan untuk mencari para perantis yang berpotensi dengan teliti dan cermat melalui kaedah kaji selidik, serta pencarian di kawasan sasaran sebelum proses pengambilan, orientasi dan perantis dijalankan.

Kerjasama antara NIVEA dan FORWARD telah menyasarkan sehingga 350 orang gadis di lebih daripada lima lokasi untuk fasa pertama perekrutan selama tempoh sepuluh hari. Fasa orientasi akan melibatkan perantis yang telah disenarai pendekkan dan mereka akan dilatih dengan asas-asas kerja oleh pembimbing pilihan mereka di kem latihan bagi program ini.

Hanya yang terbaik di antara kalangan perantis akan meneruskan ke fasa Apprenticeship yang seterusnya setelah berjaya melepasi sesi temuduga bersama mentor mereka. Pada 26th September 2016, tujuh perantis yang berjaya akan di perkenalkan di dalam majlis bersama media iaitu “Apprentice Announcement Ceremony” bagi mengumumkan kejayaan mereka untuk mendaftarkan diri dalam program perantis ini. 

NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program meliputi penilaian mingguan oleh mentor dengan proses dokumentasi melalui video perjalanan mereka dan testimony daripada mentor mereka. Setiap perantis akan diberikan elaun RM250 setiap minggu sepanjang tempoh perantis. Pada minggu terakhir NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, perantis yang berjaya akan disalurkan kepada tawaran kerja bersesuaian, serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.


Semoga Berjaya!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN

Lirik Lagu Selalu Denganmu Cherpen Band

Lelah hati ku menanti
Cinta yang mengisi hidupku
Engkau tiba hadir memenuhi
Relung hatiku yang telah lama sepi

Andainya kau tahu bertapa
Ku memerlukan mu
Hingga hujung waktu

Aku ingin selalu
Selalu denganmu
Dalam hidup dan matiku

Aku ingin selalu
Selalu didekatmu
Mendakap mu sepenuh jiwaku 

. . .
Photoshoot for @mediahiburanofficial 
Sponsored shirts by @sangatstyle 🙏🏼 thanks!
#cherpenband #kaliini #sayangkukaptenmukhriz #cherfans

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Anda semua layan tak drama nih!... Bonde memang layan drama ni... Bagi Bonde jalan cerita dia best, tak lah berat sangat sama saje dengan drama adaptasi yang lain.

Pelakon dalam drama ni pula menampilan ramai pelakon baru yang mempunyai bakat tersendiri.


Pelakon-Pelakon Sweetie Nanie

Nadia Brian, Aidit Noh, Duerra Mitilda, Syafnida Shuhaimi, Nazeera Sardi, Julia Farhana, Faiz Hak, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Fana Azizan, Feiyna Tajudin

TONTON FULL EPISOD SWEETIE NANIE


SWEETIE NANIE

[1-13] Tamat


Sinopsis Sweetie Nanie:


Drama Sweetie Nanie ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.



Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora. 


Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Marin). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu. 


Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.

Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya?


Sweetie Nanie

sumber


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...


Haiii malam-malam macam ni cerita pasal Bajet lagi... info pasal bajet lagi... wah wah wah... ramai yang suka dengan pengumuman bajet 2017 baru-baru ini.

info untuk anda yang masih tak tahu tentang :

FAEDAH-FAEDAH YANG DIKECAPI PADA BAJET 2017





Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, dilanjutkan setahun lagi.

Pegawai Kontrak : 

- Alhamdulillah syukur kepada pejawat awam yang menyandang jawatan Kontrak yang tamat tahun ini boleh senyum lebar kerana kontrak anda dilanjutkan setahun lagi.

- sila berikan komitmen anda yang paling cemerlang dan terbilang.


Kerajaan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewat Disember 2016.

Graduan perubatan, pergigian & farmasi :

- Kumpulan sasaran bagi lepasan graduan perubatan, pergigian & farmasi tahniah untuk anda.  

- Banyak jawatan kosong nanti bolehlah isi. 



30k unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k.

Pada Yang Belum Memiliki Rumah Pertama :

- Berita baik, loan rumah dinaikkan, memandangkan harga rumah pon mahal.

- Alhamdulillah... kumpul duit beli rumah, tempat perlindungan yang lebih utama dan penting untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan keluarga.


Sebagai menghargai jasa 1.6 juta penjawat awam, kerajaan umumkan cuti belajar dengan gaji penuh serta biasiswa bagi golongan pelaksana.

Cuti Belajar Bergaji Penuh Serta Biasiswa :

- Alhamdulilah boleh sambung study untuk yang berminat nak buat Diploma dan Ijazah.



Pemberian Cuti Kuarantin yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod 5 hari

Cuti Kuarantin:

- Alhamdulillah boleh mengurangkan penggunaan cuti tahunan. Cuti boleh dijimatkan bagi kes-kes semasa kecemasan.


Kemudahan pembiayaan beli komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar:

- Ia boleh digunakan seandaninya perlu.  


Had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Pinjaman Motosikal :


- Ia boleh digunakan kepada mereka yang memerlukan.  Memang patut ditambah kerana harga motosikal pon dah mahal sekarang ni.

Sekian sahaja, apa-apa pun kene tunggu pekeliling keluar pada yang ingin menggunakan faedah-faedah tersebut bolehlah baca dahulu syarat-syarat yang ditetapkan.

terima kasih 

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Dehydrated Semasa Jogging
  • Ana Suhana
    Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
  • Shuhaida Kabdy
    Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
  • Azlinda Alin
    Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • MaisarahSidi.com
    7 Tempat Makan Menu Pizza Kayu Api Yang Best!
  • ANNUR SYUHADAH
    5 Amalan Zikir Nak Awet Muda, Cergas, Cantik dan Berseri
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19
  • Kitepunye Dot Com
    Trade-In Telekung Terpakai SK Untuk Mangsa Banjir
  • Fieza Sani
    Perlu Ke Guna Pelembap Muka
  • MrsPipDotCom
    Sering Pelupa? Ketahui Sebab Hilang Ingatan Dan Cara Mengatasinya
  • apekinah.com
    7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
  • iamfuzy.com™
    Drama Takdir Yang Tertulis Tonton Online Episod 1 Hingga Episod 15
  • Yaya Azura
    Nametag dah ada tapi ...
  • ABAM KIE : The Man of The House
    5 Smart Grocery Shopping Tips To Save Money and Reduce Wastage
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
  • Blog Sihatimerahjambu
    Sesekali Merasa Aiskrim Strawberry Cheesecake
  • Blog Adianiez
    Kisah burung cantik singgah di laman & pilih STEM Prinsip Akaun Tingkatan 4
  • RINA ZUL
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • Blog Wani Sukarno
    Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah
  • Farhana Jafri
    Shaadi Mubarak Varun Dhawan & Natasha Dalal!
  • Fiza Aizzawa
    Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup
  • Norhana Rosmida
    Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS NOTA BUAT CEMPAKA
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose