#TRIPPULAU (DAY ONE) SHELL OUT DI PANTAI CENANG



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Sambungan dari kisah Shopping coklat di HIG baca disini wahhh tak sabar nak makan sea food Shell Out katanya, selalu Bonde buat je dekat rumah tiru resepi dekat group resepi dekat FB.

Kali ni, dapat makan dekat kedai dan tepi Pantai pulak tu.. teruja nye rasa tak boleh nak cakap...

Lokasi Shell out yang kami nak terjah ini terletak di Pantai Cenang.   Kalau ke Langkawi, pasti nak repeat lagi... (sedap tau) hu hu hu...


Pic Wall Kedai ini , dipenuhi dengan tandatangan semua tetamu yang hadir sebelum ini... Meriah sangat tau, sebabnya penuh sampai atas dah tak ada tempat nak ditulis atau lukis... tapi, ada kami kesah, kami pon nak tulis jugak.




Tengok kakak kita tu siap naik kerusi lagi nak tulis nama-nama we all... tq kakak Yantie..Hasil karya Kak Yantie... terlakarkan nama we all disitu.



Bonde pun sempat menulis nama di sebelaha wall Bonde duduk... Taddaaaaaaaaaaa...



Menu-menu pilihan Shell Out yang terdapat di Shell out Pantai Cenang.


Jenis-jenis minuman yang ada di Shell out Pantai Cenang.


Antara Menu Shell out yang we all  pilih masa tu ialah Kombo 3, Kombo 4 dan Kombo 1

Kombo 3 adalah menu pertama yang sampai... Hu hu hu... meriah nampaknya, Bonde paling suka rasa Kombo 3 sebab ada rasa black paper dan rempah yang kene dengan citarasa Bonde yang suka makan pedas. Kuahnya agak pekat kalau makan dengan nasi sangat sedap... RM 79.00.




Muka-muka teruja dan x sabar nak makan hi hi hi




Kombo 4

Kombo 4 rasanya lebih kepada creamy dan tak pedas... Set yang ni agak mahal sebab ada banyak terdapat sea food besar didalamnya. Sesuai dimakan oleh anda yang tak suka pedas.. dan dapat rasa seafoodnya yang sangat fresh dan manis! RM 99.00







Kombo 1

Kombo 1 pula rasa agak pedas dan sweet sour... kalau siapa yang suka makan pedas , Bonde cadangkan boleh pilih yang ini.  Kuahnya sedap... tapi jauh pulak nak ceduk kuah tu ha ha ha harga RM 59.00.



Semua menu yang dipesan dah sampai so apa lagi baca doa dan makan... dengan tenang... hu hu hu tenang ke?


Belum boleh makan kene ambik pic dulu..... ha  ha ha




Nampak tak? zoom sikit Kombo 1 sedap tu....




Dah selesai.... Alhamdulillah, kenyang perut suka hati.





Syukur alhamdulillah kenyang dapat makan Shell Out malam ni boleh tidur dengan aman...


Korang jangan lupa singgah yea ... dapatkan info lanjut di :

FB : Shell out Pantai Cenang

IG : Shell out Pantai Cenang


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Bestnya kombo Shell Out dia! Tapi jauhnye sampai ke Pantai Cenang. Hehe. Nanti bila pegi Langkawi ni boleh la cuba :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.