BondeZaidalifahDotCom: #TRIPPULAU (DAY ONE) SHOPPING COKLAT DI HIG

#TRIPPULAU (DAY ONE) SHOPPING COKLAT DI HIG

1:39 pm

Assalamualaikum Dan Selamat tengahari 

Sambung cerita #Trippulau sebelum ni shopping dekat Idaman Suri ni nak cerita shopping coklat pulak dekat Kompleks Haji Ismail Group atau lebih dikenali dengan  nama HIG.

SHOPPING COKLAT DI HIG


Menarik mengenai HIG boleh baca di sini : Haji Ismail Group atau Bonde ada share dari derektori HIG baca di bawah :

HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD adalah syarikat bumiputera sepenuhnya dan telah diperbadankan secara rasmi pada 16 NOV 2009 di bawah Akta Syarikat 1965. Mempunyai seramai 8 orang pemegang saham yang terdiri daripada ahli keluarga Arwah Haji Ismail bin Ahmad.
Syarikat ini di tubuhkan bertujuan untuk menguruskan perjalanan dan hala tuju anak-anak syarikat supaya berjalan lancar dan seiring dengan misi syarikat untuk menjadi sebuah syarikat peneraju utama dan mampu bersaing di pasaran global setanding dengan syarikat gergasi lain.

HIG Langkawi Holdings Sdn Bhd mempunyai tiga (3) anak-anak syarikat dan satu (1) syarikat berkaitan Pengarah.
1. PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD 


Menjalankan Perniagaan Runcit dan borong. Ditubuhkan pada  tahun 2005 bersempena pengambilalihan syarikat asal Haji Ismail Group yang ditubuhkan pada tahun 1987. Kini Syarikat ini mempunyai 5 cawangan kedai. 4 beroperasi di Bandar Kuah manakala 1 lagi beroperasi di Kompleks Jetty Point. Produk utama adalah barangan bebas cukai yang terdiri dari pelbagai jenis Coklat, Barangan Dapur, Bagasi dan Batik serta Pelikat. Dibuka seawal jam 8.00 pagi untuk kedai yang beroperasi di Jetty Point Langkawi dan jam 9.00 pagi bagi lain-lain cawangan.

2. HIG PROPERTY SDN BHD 


Aktiviti utama adalah didalam bidang pembinaan  bangunan dan kemajuan Hartanah. Ditubuhkan pada 13 Oktober 2005 . Syarikat telah menyiapkan projek Kompleks Komersil pada 21 Mac 2013 yang mempunyai 1) Tempat letak Kereta ( tingkat sub basement) 2) 2 tingkat Kompleks Perniagaan (tingkat bawah dan tingkat 1) dan sebuah Hotel bertaraf 3 bintang pada 13 November 2013.

Syarikat juga telah membina 1 blok bangunan bazar perniagaan setingkat yang mengandungi 24 unit gerai perniagaan dan 4 unit gerai makan serta lain-lain kemudahan.
3. HIG TRAVEL & TOURS SDN BHD


Ditubuhkan pada 14 Jan 2010.  Syarikat beroperasi sepenuhnya  sejak HIG Hotel memulakan perniagaannya pada 13 November 2013. Objektif penubuhan adalah bagi memeriahkan sektor pelancongan yang semakin rancak berkembang pesat di Pulau Langkawi.

4. HIG Hotel (Langkawi) Sdn Bhd

HIG Hotel telah dibuka pada 13 November 2013. HIG Hotel terletak bersebelahan Kompleks HIG. HIG Hotel mempunyai 78 bilik yang terdiri daripada bilik Standard Hillview/Seaview, Junior Suite dan Hillview Suite.

Syarikat yang berkaitan Pengarah Syarikat:
PERNIAGAAN HAJI ISMAIL SDN BHD 


Ditubuhkan pada 29 Februari 1996. Menjalankan perniagaan secara borong kepada peruncit-peruncit di sekitar Langkawi dan membekalkan barangan keperluan kepada Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Merupakan antara syarikat terbesar di Langkawi yang menjalankan aktiviti mengimport barangan bebas cukai. Antara barangan yang diimport adalah Coklat, pinggan mangkuk, barangan dapur, bagasi, batik, pelikat, tuala dan sebagainya.


Sebelum tangan dipenuhi plastik coklat baiklah bergambar dulu... hi hi hi semua pic ni dah diuploud dekat IG masing-masing...

Atul sempat pose sebelum masuk... Nampak keterujaan beliau disitu ha ha ha


SHOPPING COKLAT DI HIG

Ipah pon sama selalu driver kene turun last sebab nak kunci kereta... dah tak sabar tu nak shopping coklat ha ha ha


SHOPPING COKLAT DI HIG

Bonde pulak steady je... (ha ha ha) tak sabar juga sebenarnya nak borong coklat kiriman dari Kanda n Fatin dah ada... Bonde kurang memborong coklat sebab kene beringat tak ambik luggage.

Eh mana 3 orang lagi ni.. dah hilang... rupanya diorang dah shopping dekat dalam HIG... lekasnya diorang.. (hi hi hi penuh bakul dah)

SHOPPING COKLAT DI HIG


SHOPPING COKLAT DI HIG

Pepero Sekarang dah ada cop Halal dari luar negara!

SHOPPING COKLAT DI HIG

Model Pepero Yantie

SHOPPING COKLAT DI HIG

SHOPPING COKLAT DI HIG

SHOPPING COKLAT DI HIG

Aksi-aksi selepas puas memborong coklat mood happy hi hi hi

SHOPPING COKLAT DI HIG

SHOPPING COKLAT DI HIG

SHOPPING COKLAT DI HIG

SHOPPING COKLAT DI HIG

SHOPPING COKLAT DI HIG

Jumpa next entri tau... citer seterusnya JJCM Shell Out di Pantai Chenang...


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. wah syoknya bonde..happy holiday ..hehehe banyak borong aihhh

    ReplyDelete
  2. salam..
    yaya singgh melawat kat sini..

    lamanya xpergi langkawi..
    p sana klo xbeli coklat mmg xsah..huhu

    ReplyDelete
  3. kalau pi Langkawi, x sah kalau x singgah di HIG beli coklat, cuci mata d Idaman Suri: D

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN