TONTON SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ [ FULL EPISOD ]



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Anda semua mesti ramai yang follow Drama ni kan! Jadi kalau anda nak repeat tengok boleh klik link dekat bawah yea.... 

SINOPSIS SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ (NOVEL ANUGERAH TERINDAH)

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz

Drama yang diberi tajuk Sayangku Kapten Mukhriz menampilkan gandingan pelakon baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama. 

Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dibawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi dan ramai lagi. 

Bermula 13 Julai 2016, Setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.



Tonton Sayangku Kapten Mukhriz [Full Episod]

[1-28] 







 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan