Sejarah Puasa Assyura
Riwayat: (Muslim)
Kategori: Ibadah
Hadith: 
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah 
berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di 
Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa 
juga".
Huraian Hadith: 
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. 
Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut 
kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan 
Muharram itu sendiri. 
10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa 
penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam 
al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima 
taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke 
dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, 
bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin 
daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya 
Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke 
langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi 
Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan 
yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi 
Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan 
Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada 
penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke 
bumi.
Kelebihan Puasa Assyura
“ Siapa yang berpuasa pada hari Asyura ( 10 Muharram ), Allah akan 
tulis pahala ibadat baginya selama 60 tahun dengan puasa dan qiamnya dan siapa 
yang berpuasa pada hari Asyura akan diberikan pahala seribu malaikat dan siapa 
yang berpuasa hari Asyura akan diberi pahala seribu orang yang menunaikan haji 
dan umrah.”
ULASAN
Ini adalah petikan daripada hadis yang menyebut tentang kelebihan puasa pada 
hari Asyura. Ibn `Arraq al-kannani di dalam Tanzih al-Syariah menyatakan 
dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Hudaib Ibn Abi Hubaib dan dialah 
yang memalsukan hadis. Menjadikan hadis palsu seperti yang disebutkan di atas 
sebagai hujah adalah tidak dibenarkan sama sekali walaupun dengan tujuan baik 
iaitu untuk mengajak orang ramai melakukan ibadah sunnah.


 



 
 
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.