MENU BARU DI BAZAR RAMADHAN


Selamat pagi,

Salam 5 Ramadhan, Haaaa dah 5 hari berpuasa, tapi Bonde tak pergi pon lagi mana-mana Bazar Ramadhan.

Sebab tak pergi Bazar Ramadhan.

1) Susah Parking - Bukan apa kalau pergi tak larat nak jalan,parking kereta jauh.

2) Makanan - Nampak menarik tapi rasa belum tentu sedap. (pernah kene dulu)

3) Harga - Tak terkawal belanja kalau pergi Bazar Ramadhan macam-macam nak beli. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli.

4) Pembaziran - Kadang-kadang beli kuih bila dah kenyang tidak dimakan last-last buang.

Sebab-sebab diatas membuatkan Bonde sejak beberapa tahun ni tak jejak Bazar Ramadhan... Lepas tu Fatin pulak kalau pergi Bazar Ramadhan dia tak suka sangat.  Sebab tak larat nak jalan jauh katanya.

Bonde bukan tak beli makanan dekat luar, Bonde beli juga, dekat kedai makan yang selalu pergi makan dengan family....order dan bungkus.

Tapi,

Bazar Ramadhan pon sebenarnya hebat jugak nak tau tak semalam ada jer dapat whatsapp dari kawan menu-menu kat Bazar Ramadhan. 

Kelakar pon ade.. tapi peniaga-peniaga ni kreatif ada daya menarik pelanggan supaya datang dan cuba jualan mereka.


Jus Poligami



Mee Tonggek


Ayam Ber"madu ", Bini Seorang "Jer"


Sup Komunis


Ikan Bakar Asam Pedas Lahabau

Macam-macam menu baru dengan nama yang menarik! Orang Malaysia memang kreatifkan.

Yang rajin serbu bolehlah terjah dan cari menu-menu di atas..


Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.