'HELLO, MR. PERFECT!'



Jom baca.... 

Sedutan dari novel 'HELLO, MR. PERFECT!' - Waniey Zakaria yang bakal menemui anda pada JULAI 2012 ini!


IZZUL tidak berpuas hati. Kenapa Alya meninggalkannya begitu sahaja? Kenapa tak beritahu dia terlebih dahulu?

“Pak cik tu cakap Alya dan keluarganya ke Skudai. Aku rasa Ainul mesti tahu.” Izzul berkata kepadanya dirinya. Belum sempat dia bangun dari tempat duduknya, Arif sudah pun mengetuk pintu dan masuk ke dalam.

“Angah?” Izzul kehairanan.

“Ini calon isteri along yang baru,” kata Arif lantas meletakkan fail peribadi kepada Izzul.

Izzul mengerut dahi. “Calon isteri? Apa yang kau merepek ni?”

Izzul tidak berpuas hati. Fail yang diberikan langsung tidak disentuh.

“Along masih ada banyak pilihan sebelum membuat keputusan. Gadis ini bekerja sebagai setiausaha di syarikat ternama. Berumur dua puluh sembilan tahun dan masih mencari calon. Pandai memasak, mengemas dan menjahit. Orangnya pun cantik. Tinggi 165cm berat 51kg. Dah standard model ni...” balas Arif lagi lalu tersenyum. Jari telunjuknya sudah menunjuk ke arah gambar calon itu.

“Aku tak nak!” tolak Izzul. Hari tu sibuk kenen-kenenkan dia dengan Alya. Lepas tu, siap plan macam-macam supaya dia dan Alya lebih rapat. Kali ni nak suruh dia kenal perempuan lain pulak! Ingat dia ni apa?!

Arif mengeluh.

“Apa sebenarnya dah terjadi ni? Alya hilang tiba-tiba, lepas tu kau pulak nak kenalkan aku dengan perempuan lain! Bukan hari tu kau beria-ia suruh aku rapat dengan Alya, ke? Sekarang apa kes?!” bentak Izzul. Dia cuba menahan marahnya. Pantang baginya diperlakukan sebegitu.

Arif putus idea. Tidak tahu nak mula dari mana....

“Along... memang dulu angah nak sangat Alya dengan along rapat dan mengenali hati budi masing-masing, tapi...”

“Tapi apa?!” potong Izzul.

“Tapi... Alya sendiri tak nak dekat along. Angah nak buat macam mana?” bohong Arif. Dia terpaksa menipu. Demi kepentingan semua. Alya pun dah berjanji untuk tidak mengganggu hidup mereka lagi.

“Apa?!” Izzul membuntangkan matanya tidak percaya. Badannya berdiri tegak.
“Ya along. Alya sendiri cakap, along bukan taste dia. Dia tak serasi dengan along dan dia tarik diri...” kata Arif lagi. Tidak sanggup untuknya terus-menerus berbohong. Tetapi dia terpaksa.

“Bila kau jumpa dia?” tanya Izzul perlahan. Kemarahan memudar. Ada riak sedih terbit di wajahnya.

Arif mengetap bibir. Maafkan aku, along... bisik hatinya. “Dua minggu lepas. Dia datang jumpa angah dengan Ainul.”

Dua minggu lepas? Selepas balik dari bercuti kat Kota Tinggi tu ke? Tapi waktu itu, kita orang nampak serasi. Alya begitu mesra sekali. Takde langsung perasaan malu seperti sebelum-sebelum ni, bisik hati Izzul. Dia tidak percaya.

“Dia dah pindah Skudai, kau tau?” tanya Izzul lagi.

Arif agak terkejut. “Pindah? Angah tak tau.”

Kali ini dia berkata benar. Dia sendiri pun tak tahu yang Alya sudah pindah. Ainul pun tidak berkata apa-apa. Mana tidaknya, Ainul sekarang tengah melancarkan mogok dengannya. Lama juga gadis tu merajuk. Dia pun sudah naik pening!
Izzul mengeluh. Ada nada tidak berpuas hati lahir daripada sudut hatinya. “Kenapa dia tak call aku beritahu?”

“Errr... mungkin sebab dia tak nak sakitkan hati along?”

Izzul mendengus kasar. Dia tidak percaya! Selagi dia tidak bertemu dengan Alya, dia tidak berpuas hati. Dia mesti bertemu dengan gadis itu. “Ainul tahu kat mana Alya tinggal?”

Arif mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Izzul berdiri.

“Takpelah! Biar aku pergi cari dia! Aku nak dengar alasan daripada mulut dia sendiri kenapa dia tak suka dengan aku!” kata Izzul lagi lantas menolak fail itu kepada Arif semula.

Dia takde mood untuk kenal dengan mana-mana perempuan lagi! Biarlah Alya calon yang terakhir! Biarlah dia tak kahwin sekalipun, dia tak kisah! Dia tak nak ambil tahu soal Arif jugak! Apa yang dia inginkan adalah kepastian!

Izzul mengambil kot di kerusi lantas keluar tanpa berpaling ke belakang lagi. Panggilan Arif langsung tidak dipedulikan.

“Shasha, please cancel all my appoinments for this week. I am on leave,” beritahu Izzul lantas keluar dari pejabat.

Shasha hanya mengangguk sambil tercengang. Apa sudah jadi!? Jarang nampak muka Izzul tegang. Adakah dia bergaduh dengan Arif?

Kelihatan Arif berjalan keluar dari bilik Izzul.

Shasha segera bangun.

“Encik Arif, what happened?” tanya Shasha hairan.

Arif tersenyum.

“Nothing! Just a small problem....” Jawab Arif lalu meninggalkan Shasha yang terpinga-pinga. 





cherryblossom
MENARIK.., BOLEH BUAT KOLEKSI :)

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.