Menitis Air Mata Menonton Drama Insan Terpilih

Assalamualaikum dan selamat petang, Rata-rata ramai yang terpanggil untuk kongsikan Drama telefilem Insan Terpilih lakonan Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir dan Zara Zya pada malam Sabtu lepas, Bonde yang berada di Melaka masa tu memang lepak dekat bilik sahaja, tepat jam 9:30 malam buka Slot Cerekarama TV3 untuk tonton Drama Insan Terpilih. 


Menitis Air Mata Menonton Drama Insan Terpilih


Kebetulan Malam tu Bonde dan kawan-kawan semua lepas makan malam dekat Muara Sungai Duyung terus balik ke Hotel nak rehat sebab keesokkan harinya ada games bowling belah pagi, tak sangka pula malam tu kami semua layan Drama Insan Terpilih ni sama-sama, mula-mula drama ni agak kelakar buat kami semua tergelak dan binggit satu hotel dengan gelak tawa kami, tapi pengakhiran ceritanya kami semua mengalirkan air mata.

DRAMA INSAN TERPILIH

PENULIS SKRIP : Yati Chung

PENGARAH : Nazir Jamaluddin

PRODUKSI : Aniq Communication Sdn Bhd

PELAKON DRAMA INSAN TERPILIH : 

Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan

SINOPSIS INSAN TERPILIH :

Firdaus digelar sebagai orang gila dan busuk oleh orang kampung tetapi, dia rajin. Ustaz Zaki kagum dengan Firdaus kerana akhlaknya lebih mulia berbanding dengan orang yang cukup sifat akalnya.


Rupanya drama Insan Terpilih ni, penulis skripnya dapat idea daripada kisah benar berkenaan seorang yang bernama Hussein . Namun, bukan 100% sama. 

Cerita "Insan Terpilih" (TV3) ni berdasarkan kisah benar mengenai seorang insan yang kurang waras & amalannya adalah menjaga surau. Kehidupan sehariannya akan dihabiskan dengan mencuci surau. Hidupnya tak pernah meminta-minta.

Jika ditanya kenapa dia melakukan ini semua?

"Aku cuma nak pahala"




PART CUCI BILIK AIR DENGAN BERUS GIGI

Part ni memang kelakar, cuci bilik air surau, Firdaus berus lantai dinding-dinding dengan berus gigi jer. Sebab apa dia guna berus gigi?

Ustaz Zaki tanya dekat Firdaus, 
Kalau satu bilik air berus sampai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak.  Dia nak gunakan berus gigi nya. 

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

PERMINTAAN UNTUK LAUNGKAN AZAN


Firdaus nak laungkan Azan, 
Sekali dia Azan Subhanallah sedapnya suara dia, yang menghina dan mencaci terus masing-masing rasa bersalah, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Laungan Azan oleh Firdaus begitu lunak,  sangat sempurna Azannya berbeza dengan insan yang cukup sifat. 

Tanya Imam surau tu,
‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Masing-masing semua rasa bersalah masa Firdaus cakap macam tu.  Yelah sebelum ni dia dihina sebab dia gile...

DRAMA INSAN TERPILIH KISAH BENAR DARI CERITA "HUSSIEN GILA"

https://siakapkelinews.blogspot.com/2017/09/patutlah-lama-tak-nampak-hussien-gila.html?m=1

[KLIK GAMBAR UNTUK BACA KISAH "HUSSIEN GILA"]


Apa pon Bonde suka Drama-drama begini memberi kita semua pengajaran! Moga ada yang ambik iktibar dari kisah ini.  Jangan pandang seseorang tu sebelah mata dan jangan nilaikan dia begitu teruk.  Kita siapa untuk menilai mereka.

Bagi anda yang tak sempat nak menonton drama Insan Terpilih bolehlah klik link dibawah : 



~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. sedih cerita ni, paling tak sangka based on true story..huhu

    BalasPadam
  2. Banyak pengajaran drama Insan Terpilih ni. Mengalir juga air mata tengok drama ni hari tu.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.