Bonde Zaidalifah: RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

6:22 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Cuti hari Sabtu minggu yang lepas... Bonde balik kampung di Sepang... Bila balik Kampung memang macam-macam menu masakan kampung dapat dimasak dan bahan untuk dimasak pula memang senang nak dicari, tak perlu keluar ke pekan berdekatan.  Bahan-bahan untuk dimasak boleh didapati di sekitar kawasan rumah.  Memang seronok sekali bila duduk di kampung. Ada  tak dikalangan rakan-rakan minat makan buah jengkol/jering. Buah jengkol/jering ini dulu memang ada ditanam di belakang rumah, pokonya seperti pokok petai besar dan tinggi.. Sayangnya pokok tersebut telah mati, tak pasti kenapa ianya mati.  Selepas itu bila nak makan jengkol/jering kenalah beli dekat pasar sari hari Jumaat lebih dikenali dengan nama pasar Jumaat.  Kalau beli dekat pasar biasalah harga dijual akan ikut kilogram. Satu kilogram dapatlah dalam 30 biji buah jengkol/jering.

Kali ini Bonde teringin nak makan Sambal jengkol/jering.  Jadi kena beli jengkol/jering yang agak tua.

RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

Disebabkan jengkol/jering yang dibeli tua, kenalah rebus empuk-empuk terlebih dahulu. Jom Bonde ajarkan macam mana nak lembutkan jengkol/jering yang telah direbus empuk.

RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

Cara nak tumbuk jengkol/jering dengan betul. Pertamanya terbalikkan jengkol/jering seperti dalam gambar dibawah.

RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

Ketuk dibahagian tengah sebanyak 3-4 kali.

RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

Jengkol/jering yang siap ditumbuk akan pecah sedikit seperti dalam gambar.



RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

Boleh sahaja ditumbuk sekali 4-5 keping dalam lesung batu seperti gambar dibawah.

RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING

Jengkol/jering yang telah siap di tumbuk. Ukuran akan bertambah lebar dan menjadi lebih nipis dan padat dan lembut.

RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING


RESEPI SAMBAL JENGKOL/JERING 

Bahan-bahan untuk memasak Sambal jengkol/jering

2 senduk cili kering - yang telah dimesin


1 biji bawang besar - dihiris

2 biji bawang kecil - ditumbuk

3 ulas bawang putih - ditumbuk

200 gram ikan bilis - ditumbuk

sedikit minyak

sedikit garam

sedikit cukup rasa maggi


Cara-cara memasak :

Panaskan minyak didalam kuali, masukkan cili kering yang telah dimesin, goreng hingga garing, masukkan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk goreng hingga garing masukan sedikit garam dan sebuk cukup rasa maggi.

Masukkan jengkol/jering yang telah siap di tumbuk bersama-sama bawang yang telah dihiris. Gaulkan cili yang garing rata dan sebati seperti diatas, biarkan sedikit garing dan kelihatan kering, siap untuk di hidangkan..

p/s sedap dimakan bersama-sama nasi panas. perghhhh.


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

18 TEGURAN MEMBINA

  1. ya ampun sedapny ala hai, tapi kita kurang sket makan jengkol ni sebab baunya yang tak tahan lah. tapi nampak menyelerakan sungguh lapaooooo

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap la bonde ..tp sygnsygnya SA x makan jering..kalau petai gigih jugak lagi...

    ReplyDelete
  3. sedapnya jering.airah rasa dah lama gila tak rasa jering.last time makan dekat rumah opah kot sebab kawasan kampung memang ulam laaa selalu makan.teringin rasa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sambal jering ni bonde. Last week Qiya baru je makan sambal jering tapi versi sambal hijau la. Sedap yang muda-muda tu kan, rangup je.

    ReplyDelete
  5. Wah menu yang lain dari yang lain ni. Syira tak pernah makan jering. Tapi resepi bonde nampak sedap la pulak. Selalu mak syira rebus ja buat ulam

    ReplyDelete
  6. Ala tak aci bonde masak sambal jering kita ni dah la lama tak makan jering hehehe sedapnya menyelerakan ok lah boleh cuba lepas ini yer hehehehe... Nanti kita masak dan sharekan ok....

    ReplyDelete
  7. Lama kot tak makan jering ni. Susah dapat kat tempat I. Whoa! selalu makan ulam je. Ini sambal. Nampak sedap betul.

    ReplyDelete
  8. Jengkol nie memang satu makanan feveret sy. Saya suka rebus then makan begitu saja. Memang sedap betul walaupun ia berbau. Tp sy suka. Nanti sy nak cubalah resepi kak zaida nie. Nampak mudah dan sedap. Tak sabarnya nak pergi pasar untuk beli jengkol.

    ReplyDelete
  9. Adoi... berbunyi keroncong perut tgk sambal tu. Lapar tiba tiba hehe. Tq share resipi ni. Ada masa nak try la sambal style Bonde ni. Tapi tu la.. julia x makan jering. Boleh nak tukar ngan petai kot? Huhu

    ReplyDelete
  10. Jengkol jarang sikit makan sebab baunya yang kuat. Sush juga nak cari jengkol ni. Kalau petai memng laju makan..h hehee..buat sambal memang sedap..kalau jengkol makan buat ulam je..

    ReplyDelete
  11. Pernah sekali jiran dekat umah mak bagi sambal jengkul ni. Cuma mak dgn ayah jerk yg makan. Kami adik beradik tak pndai makan.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya sambal jering. Tak pernah buat lagi tapi teringin nak buat nanti. Masakan sambal memang pembuka selera kan hehe

    ReplyDelete
  13. Lia x berapa suka sangta jering ni. Tapi kalau balik kampung ramai yang suka makan. tengok sedap je bonde masak. Kalau petai lia makan lah.

    ReplyDelete
  14. wah!!! favourite AM nie.. sedap makan nie.. makan nasi confirm bertambah-tambah jie.. bahaya nie.. hancur diet!

    ReplyDelete
  15. Fuhhh tak pernah lagi makan sambal jering ni. Nampak sedap. Org kata jering lg Elok dari petai kan kak. Bau pun kurang. Betul ke bonda?

    ReplyDelete
  16. Ana paling kuat makan petai je bonde. Jengkol ni 'diharamkan' di rumah. Tp teringin nk cuba.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN