Bonde Zaidalifah: SESI TERJAHAN KE BOOKXCESS TAMARIND SQUARE CYBERJAYA

SESI TERJAHAN KE BOOKXCESS TAMARIND SQUARE CYBERJAYA

12:08 am

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Ini adalah sesi terjahan kedua Bonde ke BookXcess ni, sebelum ini Bonde ada datang ke sini tapi... masa tu ada sebahagian tempat sedang di kemas dan terdapat bahagian sedang menjalankan kerja-kerja penyusunan buku.

BookXcess merupakan satu-satunya perpustakaan dan beroperasi 24 jam di Tamarind Square Cyberjaya.  BookXcess sebuah rangkaian kedai buku dan penganjur pesta buku Big Bad Wolf (BLONDE), yang mencatat sejarah apabila ia melancarkan kedai buku 24 jam yang pertama di Malaysia.  Terletak di Dataran indah Tamarind, Cawangan BookXcess baru dipercayai terbesar di negara ini, meliputi kawasan yang besar dengan 37,000 kaki persegi. 

Buku-buku yang melebihi 500,000 tentang pelbagai topik, dengan kadar diskaun daripada 50 hingga 80 peratus yang lebih rendah daripada harga pasaran yang ditawarkan.  

Di BookXcess ini, pelanggan yang datang ialah keluarga yang membawa anak-anak mereka dan juga pelajar Universiti di sekitar kawasan Cyberjaya dan Putrajaya yang datang ke BookXcess selain membaca dan membeli buku di BookXcess ini juga disediakan ruang untuk pelanggan yang datang di kalangan penuntut university, pelajar sekolah untuk membuat homework atau study group.





RUANG MEMBACA, STUDY DAN BUAT HOME WORK


RUANG SINGLE


RUANG STUDY GROUP
( pic dari sumber google)

RUANG SANTAI


Tadaaaa.... boring-boring duduk dekat bangku , Bolehlah duduk kat soft sofa ni... sambil baca buku boleh lunjur-lunjur kaki gituuuu ha ha ha


Eh.. eh ada pula yang nak bersantai-santai di situ ha ha ha


BUKU KANAK-KANAK

Di BookXcess ini memang banyak buku untuk kanak-kanak, ada banyak pilihan untuk  buku aktiviti, buku mewarna, buku rujukan dan buku cerita.





MACAM MANA NAK DATANG KE BOOKXCESS TAMARIND SQUARE CYBERJAYA ???

Untuk datang ke sini anda waze sahaja BookXcess Tamarind Square pasti jumpa!  Bangunan Tamarind Square ini memberi inpsirasi Hutan dalam bandar, anda pasti tenang disini... View dia memang sesuai untuk ambil gambar... Kalau nak tengok Bonde share lepas ni tau... stay tune...


Sign Board masuk ke BookXcess


Next time nak lepak-lepak dekat Cafe sambil coffee-coffee sambil baca novel juga... layan betul tak?


Untuk info lanjut anda klik laman web dibawah :


Facebook : bookxcess

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

12 TEGURAN MEMBINA

  1. Replies
    1. Sama macam BBW tau.. 24 jam dibuka tanpa henti!

      Delete
  2. Bestnya konsep kedai buku ni. Ana suka sgt. Kalau dekat boleh bawa syafi selalu kat sini. Nk siapkan entri pun boleh ke sini. Sesekali tukar angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafi mesti suka pergi sini... banyak bahan bacaan dan buku kerja untuk kanak-kanak, Bonde pon teruja nak tengok sebab menarik tau!

      Delete
  3. Menarik tempat nie Bonda.. Kak Sue pun lama tak ke kedai buku n beli buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang Putrajaya n Cyberjaya boleh singgah akak.. sekali sekala..

      Delete
  4. Hai bonde...
    dekat ni ngan nieyl...tapi x penah singgah lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Nieyl nnt datanglaa boleh lepak-lepak update blog dekat situ dan boleh coffee dekat cafe dia mudah happening sgt

      Delete
  5. Wah seronoknyaaaa bukuu is my feveret..
    Hehheh..kalau umah dekt ngn sana kan best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit samalah Bonde pon suka buku... sini byk buku english

      Delete
  6. Alaaaa...nak macam ni gak la...siap leh lepak2 lagi..dah la SA ni nmg hantu or ulat buku especially novel

    ReplyDelete
  7. Menariknya. Terbaik ni Bonde.
    Cuti skola nanti maybe boleh bwk anak2 ke sini. Sambil aida buat assignment, siorang baca la buku pe diorang suka. Tapi Izzat dok rumah la ha ha ha... Tak dpt kakak-kakak nyer membaca if ada dia.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN