Bonde Zaidalifah: DASHING SPORT : WANGIAN UNTUK LELAKI AKTIF

DASHING SPORT : WANGIAN UNTUK LELAKI AKTIF

11:56 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...


Hai reader semua... 

Ada sesuatu yang baharu dari Dashing... 

DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.


Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.


Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.


DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.






[ DASHING HITMAN ]


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.




[ DASHING GOLDEN BOOT ]


Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

[ HARGA YANG MAMPU MILIK ]


Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

8 TEGURAN MEMBINA

  1. Peminat Dashing kena beli nie, Limited Edition kan..

    ReplyDelete
  2. Wah limited edition pula ye kali ni. Striking sangat nampak design dashing ni. Harga mcm biasa mampu milik.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa sekolah suka betul pakai bedak dashing..sekarang ni paksa husband pulak pakai.hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau bagi sebagai hadiah pun dah ok ni...dulu bedak dashing ni warna hitam je ...haha...mengimbau kenangan sungguh

    ReplyDelete
  5. Memang kena ada ni sebab limited edition. Lelaki aktif patut cuba

    ReplyDelete
  6. Produk Dashing ni dah banyak keluarkan produk baru dan packaging yang lawa untuk lelaki. xdelah nampak bosan sangat kan.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat dashing. Mesti wangi kan.

    ReplyDelete
  8. Dashing jenama yg masih bertapak lagi di pasaran..skang tampil dengan packaging baru.menarik!

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN