BondeZaidalifahDotCom: RESEPI MASAK LEMAK CILI API KENTANG - BURUNG WAK-WAK

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KENTANG - BURUNG WAK-WAK

11:10 am

Assalamualaikum Dan Selamat pagi ...


Hai reader semua...

Anda pernah dengar Burung Wak Wak tak ? Anda pernah makan dan rasa isinya.  Memang sedap sekali, Dulu masa dikampung pak cik memang rajin menjerat burung ni, arwah ayah dulu rajin juga memikat burung merpati, tapi kami tak makan burung tu arwah ayah beli dan jual,  keliling rumah kali dipenuhi dengan sangkar burung dan bila berbunyi seekor yang lain turut berbunyi.  Teringat moment tu balik.. pada masa itu Bonde cakap ishhh memekaklah burung ni.  Tak tahu pula sekarang susah nak tengok burung macam tu... kalau ada pun kena pergi taman burung kena bayar tiket nak masuk.  Padahal dulu ada didepan mata sahaja.  terus ingat dekat iklan Petronas tu.. antara anak dengan bapanya...burung apa? burung apa?...

Bagi yang tak kenal Burung Wak Wak inilah rupanya... nak dapatkan Burung Wak Wak memang susah walaupun ianya tak boleh terbang tinggi di pantas bergerak.  Nak tangkap kena buat perangkap atau jebak.

masak lemak cili api, burung wa-wak, masakan mudah, resepi mudah, burang wak-wak sedap,
(Gambar dari Google)

Bonde ada beli dengan kawan satu pejabat Burung Wak Wak ni dia jual siap proses seekor RM 4.00 dia tangkap sendiri dekat rumahnya yang berdekatan dengan kawasan kebun kelapa sakit.  Memang banyak burung ni dekat kawasan macam tu.  Tak heranlah dia boleh dapat banyak ekor untuk sesekali waktu tangkapan.  Kawan Bonde ni juga ada tangkap ayam hutan dia jugalah yang beri bekalan ayam hutan dekat Bonde kalau teringin nak makan ayam hutan.


masak lemak cili api, burung wa-wak, masakan mudah, resepi mudah, burang wak-wak sedap,

Burung Wak Wak yang siap diproses untuk dimasak....  Burung ini sebenarnya tiadalah besar sangat, dia bersaiz kecik sahaja, untuk di masak Bonde hanya potong dua bahagian nampaklah besar sedikit.  tapi boleh sahaja kalau nak potong empat. Disebabkan family kami ni kecik jadi Bonde potong kepada dua bahagian memang puas makan.

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KENTANG - BURUNG WAK-WAK


masak lemak cili api, burung wa-wak, masakan mudah, resepi mudah, burang wak-wak sedap,

Bahan-bahan :

5 Bahagian - Burung Wak Wak (dipotong dari 4 ekor selebihnya nak goreng buat ratah-ratah he he he)

1 Senduk - Cili api (siap dikisar)

2 Biji - Bawang merah (siap dikisar)

3 Ulas - Bawang Putih (siap dikisar)

1 Kotak santan (saiz kecik) (guna santan MS)

4 Biji kentang - belah empat

3 Batang - Serai (dititik)

2 Sudu - Jus lemon

200 ml - Air

sedikit serbuk kunyit

sedikit serbuk cukup rasa maggi

sedikit garam




Cara-cara memasak :

Didihkan air, masukkan bahan yang di kisar , serbuk kunyit, serai (dititik),  masukkan burung tutup periuk/kuali yang anda gunakan biarkan burung lembut isinya dan cili nampak masak dan buka setelah 10 minit masukan santan dan masukkan kentang.  Masukkan jus lemon, serbuk cukup rasa maggi dan sedikit garam, Setelah kentang lembut tutup api.  

Sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

20 TEGURAN MEMBINA

  1. Sedapnya la hai...last SA makan masa mengandungkan Dania dulu...pas tu tak ppernah makan sampai sekarang...

    ReplyDelete
  2. aduh.. terliur teman nengoknya.. huhu.. Tapi TB tak pernah makna burung.. rasa macam tekak tak boleh terima lak.. huhu.. tapi lain orang lain la citarasa nya.. mana boleh kita nak sekat.. heee.. tapi kalau guna resepi ni masak ayam pun boleh kan?

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa lagi burung wak wak ni....

    ReplyDelete
  4. tak pernah rasa lagi burung wak wak ni..tengok tak pernah ni baru first time tengok ni

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tau pun pasal burung wak wak ni. Rasa ape tah lagi. Besar mana je dia ni? Ade besar burung puyuh ke besar lagi?

    ReplyDelete
  6. Buat tahun baru lumayan ini . Bisa makan bareng sama keluarga :D . Makasih yaa

    ReplyDelete
  7. Sally pernah makan sekali je dulu...lama sgt dah masa tu arwah papa still ada..kalau burung puyuh tu selalu laa..hahaha...Ya Ampun...sedapnya masak lemak cili padi..hahaha

    ReplyDelete
  8. Indeed looks delicious. I want to cook for my children to try it out.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap, tapi belum pernah makan burung masak lemak. Burung puyuh goreng pernah la makan.. tu pun lama dah..

    ReplyDelete
  10. first time dengar tentang burung wak wak ni bonde.. sedap ke? rasa macam ayam juga ke.. tapi sajian masak lemak cili padi memang my favourite sebab mudah sesangat resepinya

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar burung wak wak. Makan lagi lah tak pernah. Burung puyuh jer pernah makan.

    ReplyDelete
  12. rasa daging burung wak-wak ni macam mana ye? lembut macam ayam ke? takpernah lagi makan sebarang burung hehee

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  13. Alamak Bonde kita tengok burung tu pun takut nak makan hehehehe tapi nampak menyelerakan bila dah siap tu...

    ReplyDelete
  14. Looks delish! I have never tried this bird before wonder what it taste like.

    ReplyDelete
  15. Alahaii, mana nak carik ni pulak burung wak wak, kalau burung puyuh tu ada ler kat pasar Larkin ni haah.. gulp (telan air liur aja lah)

    Tingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini

    ReplyDelete
  16. woah rare nye,, burung wak wak ni senang nak tangkap ke, aduh sayang nye tengok dah la kale blue blue gitu

    ReplyDelete
  17. tak pernah try pula makan burung. Susah nak tangakp.Kalau ada jual teringin.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah menjamah burung Wak Wak. Tapi nampak sedap kan. Daging mesti juicy.

    ReplyDelete
  19. Fuhhh lemak berkrim tengok kuah tu. Bila la dapat cuba resepi ni. Burung pun tak tau nak beli kat mana. Hahha

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN