BondeZaidalifahDotCom: MYVI GENERASI KETIGA TERBAHARU SANGAT MENAWAN HATI!

MYVI GENERASI KETIGA TERBAHARU SANGAT MENAWAN HATI!

6:25 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,


Semalam Bonde ada ternampak Myvi keluaran terbaharu dekat FB. Bonde suka tengok design terbaharu Myvi keluaran Produa ni, sebabnya pilihan Bonde adalah kereta Keluaran Malaysia.  

MYVI GENERASI KETIGA TERBAHARU SANGAT MENAWAN HATI!


Info untuk anda semua,
Semalam, secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru yang akan dibuka untuk tempahan bermula hari ini.

HARGA YANG DITAWARKAN


Myvi dengan ciri terbaru lebih menarik itu ditawarkan pada harga bermula RM44,300 hingga RM55,300 tanpa insurans.




INFO MODEL BAHARU


Model Myvi baru itu tampil dengan logo yang lebih futuristik dan Perodua menyifatkan model Myvi generasi ketiga ini akan menampilkan rekaan yang lebih “muda” dan bergaya





Dikuasakan oleh enjin baru 1.3 liter dan 1.5 liter yang cekap tenaga (EEV) dilengkapi dengan dual VVT-i, model baru ini dilengkapi dengan transmisi manual lima kelajuan untuk varian 1.3 liter atau pilihan untuk kelajuan empat E-AT penghantaran automatik untuk semua varian.

Enjin baru ini dikeluarkan di kilang pembuatan Daihatsu Perodua di Negeri Sembilan.

CIRI-CIRI KESELAMATAN


Ia juga dilengkapi ciri keselamatan terkini dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta

Model full spec dilengkapi dengan Advanced Safety Assist (ASA), satu set ciri-ciri canggih yang termasuk amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, peringatan berlepas depan, dan kawalan misoperation pedal.




Semua varian ditawarkan dengan ciri standard seperti lampu depan LED, butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).


Varian 1.5 liter dilengkapi dengan enam beg udara dan rim 15 inci manakala varian 1.3 liter hadir dengan empat beg udara dan rim 14 inci.


Semua varian Myvi 2018 serba baru ini akan dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard

Rekaan Myvi serba baru yang lebih aerodinamik ini mempunyai bacaan penggunaan minyak yang mampu dicapai pada kadar 20.1 km/l bagi varian 1.5 AT (Dual VVT-i).




Ciri-ciri penting lain termasuk lampu LED baru, dengan fungsi Follow-Me-Home serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur.





Myvi serba baru ini didatangi dengan 6 pilihan warna menarik iaitu hitam granite (varian 1.5L sahaja), hijau peppermint (varian 1.3L sahaja), merah lava, ungu mystical, perak glittering dan putih ivory.

Harga adalah seperti berikut (on-the-road, tanpa insurans, dengan GST, untuk Semenanjung Malaysia):

1.3 Standard G (transmisi manual): RM44,300
1.3 Standard G (transmisi auto): RM46,300
1.3 Premium X (transmisi auto): RM48,300
1.5 High (transmisi auto): RM51,800
1.5 Advance (transmisi auto): RM55,300Untuk maklumat lanjut layari www.perodua.com.my.

Siapa yang memang ada target nak beli kereta baru, Bolehlah booking cepat-cepat, jangan tunggu lama-lama yea.

Tahun baru, kereta baharu.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

8 TEGURAN MEMBINA

  1. wowwwww lawaaaaa...menggoda tapi nak reduce hutang skrg and nak cari family car huhuuu

    ReplyDelete
  2. wow..makin cantik design myvi ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Lawa MYVI baru ni.. Kenapa la tak keluar tahun lepas huhuu

    ReplyDelete
  4. As salam. Menarik gak specs MyVi baharu ni. Sesuai untuk anak2 muda yg bergaya.

    P.S. Jemputlah join SPM Fever Giveaway yang sedang berlangsung di blog Abam Kie sehingga 30 Nov 2017. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/11/spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. cantik juga myvi baru ni..skali tgk mcm honda jazz

    ReplyDelete
  6. Menariknya bonda myvi baru ni. Nampak sophitiscated. Myvi mmg jadi pilihan masyarakat malaysia skrg.

    ReplyDelete
  7. Saya suka ciri keselamatan MyVi baru dipertingkatkan dan lebih penjimatan mintak tanpa menjejaskan prestasi enjin. Value for money

    ReplyDelete
  8. geramnya tengok yg peppermint tu . kena usaha lebih keras lagilah nampaknya utk beli kereta sendiri.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN