BondeZaidalifahDotCom: JEMPUTAN RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH

9:45 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam


Hai reader semua...

Masih tak boleh move on dengan rumah terbuka bulan Syawal yang lepas... kisah throwback balik bulan Syawal yang lepas... Bonde follow rakan sekerja Jabatan Landskap ke Jamuan Rumah Terbuka TV Alhijrah.

Sebenarnya... rakan sekerja Bonde yang terlibat dan bahagian persiapan pentas di dewan besama dengan TV Alhijrah untuk menjayakan Jamuan Rumah Terbuka TV Alhijrah di Cyberjaya.

Pagi tu Bonde Follow Arechoi dengan Momom (bagi nama glemmer diaorang)... Jamuan mula jam 10.00 pagi... jadi kami tak pi sarapan pagi tu... sebab nak menikmati hidangan dekat Jamuan Rumah Terbuka nanti.


RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH

Bonde, Arecoi Dan Momon

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH

Cantik sekali tema mereka iaitu Putih Dan Unggu... Kami duduk dimeja tertamu... memandangkan ada taklimat dan perasmian majlis didalam dewan... kami borak dan bergosip dululah he he he


RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba... Jamuan Rumah Terbuka pun bermulakan... kami mulakan dengan ronda-ronda di stall yang disediakan diparking luar.  Ada beberapa stall yang menarik. (teruja kami nak menikmatinya)


RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, NASI LEMAK MURAH,

Nasi Lemak

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, BUAH MATA KUCING,

Buah mata kucing fav

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH

Cempedak dan pisang goreng

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, SATE IKAN,

Sate Ikan (Arecoi suka sangat makan ni... he he he)

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, PUTU BAMBU,

Putu Bambu Pandan... (Ini Fav)

Lepas dah makan makanan yang diluar dewan, kami meronda pula ke dalam dewan... sebab disana ada dihidangkan makanan secara buffet, main menu ialah nasi beriani.  Memandangkan kami dan makan banyak dekat luar tadi, Bonde just nak rasa-rasa sahaja makanan dekat dalam dewan.


RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, ROJAK PAK TAM,

Rojak Pak Tam... pernah dengar atau lihat logo kat mangkuk tu... selalunya Bonde nampak dekat RNR Tapah. ( ini Arecoi yang ambik dia nak rasa...)

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, MEE JAWA,

Mee Jawa Pak Tam... (ini pon Arecoi yang makan)

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH. SERAWA DURIAN,

Bonde dengan Momon teruja nak rasa dan makan  Serawa Durian bersama Roti...Pak Tam....uhhhh memang sedap sekali!

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, UBI REBUS CICAH SAMBAL,

Lepas tu... ni Fav kene ambik dan makan Ubi Rebus dengan Sambal Tumis Ikan Bilis....

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, JUS PEGAGA,

Jus Pegaga... Bonde ambik untuk rasa... tapi tak boleh nak telah... (jus ni Arecoi suka, sedap katanya)

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH, SIRAP SELASIH,

Akhirnya Bonde minum Sirap Selasih Pak Tam sahaja... (sedap tu)


RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH,

Sebenarnya di sini tempat dan program TV di rakamkan... next time kalau ada program TV Bonde nak joinlah.. macam best sahaja.  Tapi ada tema dan syarat untuk jadi penonton disitu.  Next time join InsyaAllah..

Moh la kite balik kawan-kawan,
perut sudah kenyang kitapun suka hati... hi hi hi

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH,

RUMAH TERBUKA TV ALHIJRAH,


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. Wah bertuahnya dapat pergi open houae tv9 ni ..CCL tengok macam2 makan ada ..

    ReplyDelete
  2. Wah bonde bestnye hi beraya kat TV alhijrah

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN