BondeZaidalifahDotCom: SEDAPNYA LAGSANA KETUPAT DI CYBERVIEW LODGE

SEDAPNYA LAGSANA KETUPAT DI CYBERVIEW LODGE

4:47 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Apa khabar? Salam Jumaat moga semua dalam keadaan sihat hendaknya.. Petang ni Bonde nak share dengan... pembaca semua.. semalam Bonde menghadiri Rumah terbuka Setia Haruman Sdn Bhd.

Terima kasih kerana menjemput Bonde untuk makan-makan sempena Rumah Terbuka Aidilfitri tahun ini.

Rumah terbuka Aidilfitri kali ini diadakan pada Khamis 13 Julai di Dewan Cindai, Cyberview Lodge, Cyberjaya Majlis bermula jam 2.00 petang.

Majlis sangat meriah dan ada pelbagai menu yang dihidangkan, Alhamdulillah syukur kenang sekali.

RUMAH TERBUKA SETIA HARUMAN SDN BHD

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Cyberview Resort & Spa


Memandangkan Majlis mula jam 2.00 petang dan kami sampai awal jam 1.30 petang, Sempatlah Bonde bergambar di photoboth Cyberview Resort & Spa ni... siap ada replika seekor unta lagi....


Comel pulak unta nih...


Jom... tengok pemandangan sekitar Cyberview Lodge ni...


Photobooth area.


Ok nampak dah signboard ke Dewan Cindai... ha ha ha tak sabar


Yeayyyyy 


Sekitar Dewan Cindai.... sempai nak solat zohor dulu. jom ke surau.  Surau dekat hotel ni sangat selesa berasingan antara wanita dan lelaki.




Lepas solat Zohor jom terus check in dengan Dewan Cindai, cop meja dulu... nanti nak makan selesa tak lah kene makan berdiri :) 

Pilih meja di bahagian tengah sekali berhadapan dengan pentas utama... wahh ada penyanyi dendangkan lagu sambil kami makan syonye... acah-acah vvip.


Bonde rasa yang berada dipentas ni artis program reality astro... (penyanyi irama Malaysia) siapa beliau, Bonde terlupa namanya... cuba anda tengok dan beritahu nama artis tersebut.



Hidangan kuih raya diatas meja.. kuih goyang dan juga dodol. menarik betul kuih goyang tu kan! he he he


Belakang meja duduk pula ada pelbagai jenis kuih muih, desert dan kuih raya... haaaa nampak tak?



Baiklah tuan rumah dah umumkan boleh ambil makanan... dan open house dah bermula... yeayyy Bonde ronde kat luar tengok apa menu menarik?

Bonde telah memilih untuk rasa menu ni ... agak pelik dan tak pernah jumpa dimana-mana hanya di Dewan Cindai ini sahaja ada menu ini...

Menu 1 :

Lasagna Ketupat Dan Pizza Serunding

Lasagna ketupat not badlah rasa dia sedap... sama macam Lasagna daging...yang biasa tu tapi Lasagna ni ada nasi impit kecik-kecik dekat dalam lapisan tu... ada sedikit kelainan disitu :).

Pizza Serunding dah biasa jumpa dekat dominos rasanya... tapi ambik sekeping untuk rasa!


Lasagna Ketupat Dan Pizza Serunding


Menu 2 :

Lemang, Rendang Daging Dan Serunding

Bonde suka makan Lemang dengan Rendang Daging ni memang sedap dan orang kata kene dekat tekak... rendang daging tu ada rasa pedas-pedas sikit.  Serunding pon sedap jugak!

Lemang, Rendang Daging Dan Serunding

Kami semeja dengan tetamu lain yang tidak dikenali tapi mereka ramah berborak dengan kami... 


Ini kawan opis Bonde... diaorang duduk meja sebelah... he he he


Sambung... makan he hehe...

Menu 3 :

Chiken Pop Corn & nugget gunting-gunting.


Chiken Pop Corn & nugget gunting-gunting.

Menu 4 :

Biskut Raya & Cake

Disebab perut rasa dah sendat dengan makanan, tak boleh nak isi lagi... hu hu hu ini jer yang mampu di rasa.


Biskut Raya & Cake

Last menu 5 :

ABC Special

ABC special ni Bonde top up jagung.... sebabnya Bonde memang suka ABC jagung lebih...sedapnya

ABC Special

Ok baiklah,

Bonde dah nak balik terima kasih... Setia Haruman Sdn Bhd menjemput untuk Open House kali ini...

Alhamdulillah...

Anda fell free datanglah Cyberview Lodge & Spa ni... Bolehlah try Sembunyi Spa dekat situ.  Anda pasti datang lagi... dengar nya best Spa dia :)

Sekodeng dekat sini----> http://cyberviewresort.com/



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. bila ada open house ni , makanannya semua menarik pilihan hati

    ReplyDelete
  2. Makan lasagna memang rasa dia sedap. Banyak keju

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN