BondeZaidalifahDotCom: KASUT RAYA JENAMA VINCCI

KASUT RAYA JENAMA VINCCI

6:38 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Bonde beli kasut Vincci bila tengok iklan promosi di FB Page 11street setiap kasut berharga RM 29.90 memang sangat murah... masa promosi bila Bonde tengok di 11street memang banyak saiz dah sold out.. arghhh sedih.

Bila naik kerja lepas bercuti raya, Bonde ternampak iklan 11street promosi kasut vincci lagi di blog www.bondezaidalifah.com >>> blog sendiri ha ha ha. Terus klik sebab nak tengok kasut yang Bonde nak beli masih ada stok atau tidak.

Oklah masih ada stok yang Bonde pekenan tu dekat page tu.. terus Bonde pilih dan bayar...

Alhamdulillah lepas 3 hari kasut sampai dengan selamatnya... cuma kasut ni agak longgar sedikit... kalau pakai mudah tercabut... maybe kaki Bonde mengecil bulan puasa ni ha ha ha...

KASUT RAYA JENAMA VINCCI 



KASUT JENAMA VINCCI

KASUT JENAMA VINCCI

KASUT JENAMA VINCCI

CARA DIY KASUT YANG BESAR

Bonde beli shoe bite saver ni, untuk di letakkan kedalam kasut agar kasut yang longgar tadi jd sempit dan ngam-ngam bila dipakai.

KASUT JENAMA VINCCI


Shoe Bite Saver

Bonde beli shoe bite saver ni dekat Mr. DIY harga RM 4.90 ianya lembut tidak membuatkan kaki cepat melecit.  memang sesuai dipakai pada anda yang baru beli kasut.

Jangan lupa Petua orang dulu-dulu beli kasut baru kena gigit dulu... bahagian dalam tu ha ha ha

DIY KASUT,

Shoe Bite Saver pakej ada sepasang dalam tu... cukup untuk sepasang kasut sahaja... nak lebih kene beli 1 lagi ha ha ha

DIY KASUT,

Cara-caranya ialah....

Buka kertas di belakang Shoe Bite Saver terlebih dahulu.

DIY KASUT,

Kemudian tampalkan pada dalam kasut... bahagi sama tengah, agar kiri dan kanan sama balance. tekan-tekan agar tidak gelembong.

Bila dah tampal ia akan jadi seperti dibawah... 

KASUT JENAMA VINCCI

Siap....

KASUT JENAMA VINCCI

REVIEW BONDE UNTUK KASUT VINCCI :


~Bonde suka kasut ini dan warnanya

~kasut sesuai untuk Bonde yang comel sebab tapak flat

~Kasut selesa sekali

~Kasut ni sale sangat murah

~Kasut sangat ringgan

~Kasut sesuai dipakai di pejabat dan untuk jalan-jalan


 Selamat Mencuba!

Singgah 11street kalau nak beli kasut ni atau... klik kasut vincci

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. Assalamualaikum,

    Wife memang suka shopping kat Vincci ni..

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

    ReplyDelete
  2. SA suka jer kasut Vincci ni..mmg pilhan dari dulu...tapi sekarang harga dah agak mahal la...

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN