BondeZaidalifahDotCom: WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

6:21 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,...

1 Jun 2017 yang lalu Bonde telah terpilih mengikuti Lawatan Berpandu ke Kompleks kraf Kuala lumpur.

Untuk pengetahuan anda setiap tahun ada sambutan hari kraf.  Bonde pernah hadir beberapa tahun yang lepas.  Memang puas hati, setiap tahun ada tema berlainan.


Promosi Warna Warni 2017


Kraftangan Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menganjurkan promosi Warna-Warni 2017 kali yang ketiga belas (13) pada 1 hingga 12 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 8.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 

Promosi ini diadakan bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung dan pengguna dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mengetengahkan gabungan produk kraf dan produk/perkhidmatan Aidilfitri.

WWA 2017 turut dimeriahkan dengan pengisian aktiviti utama seperti Jualan Kraf dan Perkhidmatan Aidilfitri, Pameran dan Jualan Produk Baru, Demonstrasi dan Interaktif serta aktiviti tarikan pengunjung.

Penyertaan Warna Warni Aidilfitri adalah terbuka kepada semua usahawan kraf dan perkhidmatan aidilfitri mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. 


Bagi anda yang masih tercari-cari Baju untuk dipakai di Aidilfitri nanti, disini anda boleh datang dan melihat sendiri.  Mana tahu nanti ada yang perkenan dihati boleh beli.

Bagi anda yang tidak pernah ke kompleks kraf... anda boleh kunjungi dan disitu terdapat muzium kraf, untuk lawatan kali ini... disebab hari tu adalah hari pertama Promosi Warna Warni Aidilfitri dan kami tak sempat nak masuk ke muzium kraf kerana ianya belum dibuka untuk pelawat.  Tapi tak apa kerana Bonde sudah pernah jejak kaki sebelum ini pada Hari Kraf 2012 dan 2014 .

Yang menariknya...
Jika anda hendak datang kesini, tiada bayaran masuk dikenakan ia adalah 'Percuma"




Lawatan kami di mulakan di Pameran Batik.

Ada banyak pilihan batik terkini dan corak moden, dari jenis kain sutera dan batik cotton ada banyak disini anda boleh pilih samaada hendak beli bahan atau pun pakaian yang telah siap. harga sangat berpatutan dan boleh tawar menawar... (kene pandai-pandailah he he he)

Selalunya pelanggan akan beli baju yang telah siap untuk dipakai, mana ada tailor nak ambik tempah masa ni! betul tak?

Ini adalah produk dari Negeri Terengganu dan Kelantan.












Terdapat juga kaftan dan judah yang telah siap disini.






Produk Negeri Sabah mempamerkan :

- brooch dari mutiara.
- rantai
- gelang










Produk rotan


Produk bahan terpakai


Baju ready made





Produk Keris




Produk dari Negeri Sembilan 
- songkok
- tarbus
- kopiah



Produk dari Negeri Terengganu
- songket


Ada juga tempahan kasut doodle..



Pameran Produk Balang kuih raya 



Pameran dan jualan kuih raya 


Pameran batik dan seramik



Sambil-sambil tu selfie untuk meriahkah #krafraya dan #hkk2017.




Muka orang dah penat shopping dan jalan-jalan di bulan puasa...



info : kraftangan

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN