BondeZaidalifahDotCom: TRIP SNORKELING PULAU KAPAS PART 1

TRIP SNORKELING PULAU KAPAS PART 1

10:56 am

Assalamualaikum Dan Selamat Petang....

Hai reader semua... Apa khabar ...

TRIP SNORKELING PULAU KAPASKhamis 30 Mac hingga 2 April yang lalu... Bonde telah mengikuti Trip Snorkeling Pulau Kapas Anjuran Kelab Sukan MPSepang.  Lama tak pergi pulau, Emmm rindu deruan angin pulau... rindu panorama pulau, rindu hidupan laut, rindu snorkeling,  rindu serindu-rindunya terubat sudah...

Kali ini KSK MPsepang berkerjasama dengan www.amitravel.my untuk menguruskan pakej yang sangat awesome.


TRIP SNORKELING PULAU KAPAS

TRIP SNORKELING PULAU KAPAS
Yang paling syoknya mengikuti trip kali ini ialah... tak perlu keluar duit bulan-bulan, sebab ada terma dan syarat kelayakan untuk staff sahaja boleh buat potongan gaji setiap bulan sebanyak RM 50 lebih kurang... suka cara macam ni, memudahkan urusan bayaran untuk pakej trip kali ni, paling bagus dari RM 350 dapat potongan diskaun lagi sebanyak RM 250, ini adalah kelebihan ahli yang turut serta, Alhamdulillah syukur trip yang tidak membebankan kepada kakitangan.  Anda pon boleh cadangkan syarikat atau tempat anda bekerja untuk buat pakej macam ni , tapi kene dengan syarat.

Bertolak dari Pejabat Majlis di Cyberjaya, jam 10.00 malam... menaiki bas Majlis Perbandaran Sepang.

TRIP SNORKELING PULAU KAPAS

Bonde naik dari Office sebab Kanda nak gerak ke Puchong malam tu, jadi nanti dia turunkan Bonde di Office sahaja.  Bas bergerak ke Pejabat Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi untuk 'pick up' staff yang memang sudah declair nak naik dekat office cawangan.  Seramai 25 orang peserta trip kali ini dan 2 orang travel agen dari AlMansyur yang mengikuti trip kali ini.

Bas MPSepang berwajah baru... 

Nampak sangat dah lama tak naik Bas MPSepang, rupa-rupanya rombongan kali ini rasmi Bas yang baru di renowate... serba baru dalamnya cover seat, langsir, karpet bahagian atas dan tv lcd... sangat selesa sekali... hu hu hu

TRIP SNORKELING PULAU KAPAS

Kebanyakkan Pulau dekat Terengganu ni Bonde dah pernah sampai Pulau Redang dan Pulau Perhentian memang Pulau-Pulau di Terengganu ni memang cantik sekali... bila pergi mesti teringat-ingat nak pergi lagi hu hu hu..


Tour Itinerary TRIP SNORKELING PULAU KAPAS

Day 1: Marang Jetty – Pulau Kapas (L/D)
  • Board boat from Marang Jetty to resort
  • On arrival at resort, proceed for check-in
  • After that, free activities at your own leisure
  • Lunch and dinner at resort
  • Overnight at resort
Day 2: Pulau Kapas (B/L/D)
  • Breakfast at resort
  • Then, free activities at your own leisure (Naik boat ke taman laut part 1)
  • Lunch and dinner at resort
  • Then, free activities at your own leisure (Naik boat ke taman laut part 2)
  • Overnight at resort
Day 3: Pulau Kapas – Marang Jetty (B)

  • Breakfast and check-out from resort
  • Be transferred to Marang Jetty by boat

 kapas coral beach resort

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam... semasa perjalanan pada malam itu, Kami ada berhenti dibeberapa hentian bagi yang nak pergi makan , nak keluar duit dan yang paling penting lepas hajat ke tandas... perjalanan diteruskan hingga sampai ke Masjid Pekan Marang, Terengganu, berhenti untuk solat subuh dan selepas itu kami bersarapan di Jeti Marang.

WARUNG 'CHEK' JETI MARANG

Kedai No. 1 Warung 'Chek' Jeti Marang

Ya Allah nikmat betul, bersarapan di Jeti Marang ada macam-macam makanan tradisi menu terengganu disitu.  Berhadapan dengan jeti ini terdapat juga pasar buah dan sayur-sayuran memang sangat meriah macam-macam ada, naseb Bonde tak pergi, Kalau tak terjebak ... Memang macam-macam Bonde beli ha ha ha....senang nak carik macam-macam makanan dekat situ. bestnya...

MAKANAN TRADISIONAL TERENGANU, NASI DAGANG


Nasi Dagang RM 2.00

MAKANAN TRADISIONAL TERENGANU, NASI DAGANG

Wah... memang fav Bonde makan menu-menu terenganu ni,  Apa lagi kalau dapat yang original memang tak lepaskan peluang...

MAKANAN TRADISIONAL TERENGANU, NASI KERABU

Nasi Kerabu RM 2.00

Ni Atul yang makan... fav dia... 

MAKANAN TRADISIONAL TERENGANU, MURTABAK IKAN

Murtabak Inti Serunding Ikan RM 0.50

MAKANAN TRADISIONAL TERENGANU, ROTI CANAI
  
Roti Telur RM 1.80

Roti telur ni menu kedai sebelah Warung'Chek" rotinya sangat lembut... sedap sekali... next time nak datang nak singgah sini.

MAKANAN TRADISIONAL TERENGANU, KOLEH LEMAK

Koleh Lemak Serunding Ikan RM 2.00

Selepas bersarapan kami bergerak ke Jeti Marang... Untuk tunggu boat ke Pulau Kapas.

To be continue.... next entri 

JETI MARANG, TERENGANU.

Anda Boleh ikuti....

Pakej menarik : www.amitravel.my

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. bestnye trip snorkling beramai..dah lama teringin bercuti di pulau2 di terengganu ni..


    Cara Merawat Kulit Kering & Bersisik

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN