BondeZaidalifahDotCom: DINNER PROMOTION SEMPENA BULAN APRIL DI SERI PACIFIC HOTEL, SANGAT MENARIK !

DINNER PROMOTION SEMPENA BULAN APRIL DI SERI PACIFIC HOTEL, SANGAT MENARIK !

9:39 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi....

Hai reader semua...

Bonde ada info menarik nak bagi tahu anda semua... pada anda yang selalu JJCM tu... apa kata anda cuba JJCM ke Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.  Sebab apa Bonde suruh anda JJCM dekat situ... Sebab ada Dinner Promotion  iaitu Bountiful Dinner , sepanjang bulan April ni tau...

Masa ada promotion nilah ada harus rebut peluang bawa mereka yang teristimewa datang untuk menikmati makanan yang di hidangkan secara Buffet terletak di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.




[PAKEJ DINNER PROMOTION]


Memang ada banyak pilihan makanan Bonde sangat teruja tau.... anda juga boleh pilih mengikut 3 pakej dinner promotion seperti dibawah:

Isnin-Jumaat 

– Semi Buffet Combo RM70.00 seorang 

Rabu  

–  BBQ Nite RM95.00 seorang 

Jumaat 

– Enticing Seafood rm100.00 seorang

Biasanya Kalau makan yang dihidangkan secara buffet ni Bonde akan survey dahulu dan akan pilih makanan yang nampak menarik dan yang paling Bonde suka itu akan Bonde ambik nombor satu.

Dekat Buffet Dinner Promotion ini ada macam-macam menu menarik terbahagi kepada 2 jenis iaitu Menu Tempatan dan Menu Western.

Menu Tempatan :

Mee Mamak
Nasi Goreng Omelet 
Mee Rebus 
Char Kuey Teow 
Cantonese Kuey Teow





Menu Western :


Fish & Chips 
Pasta Bolo & Napo 
Sandwiches 
Lamb Chop 
Chicken Chop Cajun 
Choice of Pizza 6″



Anda juga boleh memilih menu lain selain hidangan utama 'main couse' seperti diatas... tentunya anda pasti akan teruja macam Bonde.... makan dan lepas tu ronda-ronda dekat table hidangan buffet untuk 'next plate'... tak perasan rupanya dan lebih dari sekali (hi hi hi).... Sesekali menikmati makanan... kene betul-betul tau nikmat makan tu macam mana.... Mulakan dengan Bismillah dan doa... kemudiannya diakhiri dengan alhamdulillah... Syukur...

BBQ BEEF RIBS

Hidangan BBQ Beef Ribs ini anda memang perlu rasa.... Bonde sendiri makan sambil pejam-pejam mata nkmatnya tidak terhingga, dagingnya masak sangat 'perfect' sekali... Bonde dapat info... Daging ini direbus selama empat jam dan dibakar lebih kurang 1 jam.... 

Bonde tak lepas peluang merasai BBQ Beef Ribs ini.... dan kalau diberi peluang menjadi juri pada menu ini, Bonde bagi.... Lima bintang... hu hu huuuu



Chiken Wings With Hot Souce


Sweet Sour Fish


Baked Potato With Cheese

[APPETIZER]

Ada pelbagai pilihan untuk ada cuba...dan nikmati, sesuai untuk mereka yang suka makan salad sayur-sayuran dan pada yang sedang berdiet  ada banyak pilihan menu seperti Chorizo Fundido , Homemade Guacamole & Chips , Texas Egg Rolls , Country Nachos, Spinach & Artichoke Dip, House Salad, Spinach Salad, Tossed ChoppedmCobb.






[Pilihan makanan untuk BBQ]

Ada pelbagai menu yang boleh anda pilih... untuk BBQ seperti udang, ikan, sotong, kambing, ayam, daging lembu, dan sosej.

Ianya dimakan dengan 4 jenis iaitu sos lada hitam, sos cendawan, air asam dan kuah kicap.






[DESSERTS]

Sudah tentu bermacam-macam pilihan ada seperti Coffee Tiramisu, Apple Pie, Semolina Pudding, Blueberry Mousse In Glass (ianya dihidangkan dalam gelas) Miniature Pavlova 5 types, Lemon Cheese Cake Slice, Walnut Tart, Mocha Brule , Minoature of Macaroons 2 Types, Choclate Pudding, Jack Fruits Strudels (hot Dish) dan Assorted Slice Fruits.










Waktu buffet bermula seawal jam 6.30 petang dan berakhir pada jam 10.30, malam.  wow sangat , sebab waktu makan yang diberi sangat panjang.  Puas makan Bonde siap boleh chit-chat sambil menikmati makanan yang istimewa dan sedap.

Bonde pasti akan datang lagi... Nak tahu kenapa? anda kene datang dan nikmati Dinner Promotion hanya pada bulan April ini... Bulan depan dah tak ada Dinner Promotion rugilah anda tak dapat rasa makanan-makanan yang super sedap yang disajikan.... dalam suasana yang aman dan tenang... hu hu hu jadi cepat-cepat booking dekat contact person dibawah...

psstttt buat birthday surpriseee pon ok tau!

Kalau anda tak tau macam mana nak datang Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur anda baca di Get Derections.

Untuk maklumat lanjut tentang promotion ini hubungi  :
Miss Nabiha Mohd Yusof
Mobile : 012-3941213
Direct Line  : 03-4049 4515

atau layari web :www.seripacifichotel.com

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

7 TEGURAN MEMBINA

  1. Semuanya nampak sedap! especially Beef Ribs tuh..hehe

    ReplyDelete
  2. Waaaaa bestnya bonde..makan tak hajak kita pon..semua sekali walau tgk pada gambar jer..nampak sedap dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. Berbaloi...!! Macam-macam menu ada!

    ReplyDelete
  4. sedapnya mkn buffet..rm70 utk mcm2 mmg lah berbaloi sgt...

    ReplyDelete
  5. Wahh memang best makan buffet sini. Pcl dah pernah sekali tahun lepas memang best !

    ReplyDelete
  6. Alamak, sekali tengok gambar semuanya sedap, memang best

    ReplyDelete
  7. aduhai sedap nyer.
    lelebih bahang ramadhan dekat plak.
    menarik!

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN