BondeZaidalifahDotCom: SAFI BALQIS OXYWHITE PILIHAN FATIN UNTUK KEKALAN KEREMAJAAN KULIT MUKA

SAFI BALQIS OXYWHITE PILIHAN FATIN UNTUK KEKALAN KEREMAJAAN KULIT MUKA

3:46 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Hai reader semua,

Tahukah anda Safi Balqis ada mengeluarkan produk terbaharu iaitu : Produk SAFI BALQIS OxyWhite.  





Baru-baru ni, Fatin ada mengikuti kem disekolahnya, sempena cuti sekolah yang lalu,  Biasalah kem yang disertainya agak mencabar juga iaitu meneroka gua tempurung... memandangkan ini pengalaman pertama Fatin,  maklumlah sebelum ini, Bonde memang tak benarkan Fatin mengikuti apa-apa perkhemahan atas sebab-sebab tertentu (he he he faham-faham sudah) 




Untuk kali ini, Fatin dibenarkan setelah beratus kali memujuk rayu Bonde untuk mendapatkan keizinan... Ini pengalaman pertama tidur di khemah... dan juga meneroka masuk ke dalam gua.

Nampaknya Fatin happy dengan kem yang telah disertainya... tapi dia mengeluh pula sebab kulit muka dia dah agak gelap dan berbelang. ada juga jerawat mula naik. mukin faktor persekitaran sepeti tido dalam khemah dan meneroka ke dalam gua tu yang menjadikan masalah pikmentasi pada kulit muka Fatin.




Mujur ada Set SAFI BALQIS OxyWhite ini dapatlah mengembalikan kulit muka Fatin kepada yang asal.


Safi jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.


SAFI BALQIS OXYWHITE PILIHAN FATIN UNTUK KEKALAN KEREMAJAAN KULIT MUKA



SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Saiz Pek : 50g/ 100g
Harga : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a) Membersih jauh ke dalam liang pori
b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) Sesuai untuk semua jenis kulit



SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar


Saiz Pek : 100ml
Harga : RM10.90 (selepas 6% GST)

Fungsi :

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol




SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel


Saiz Pek : 45g
Harga : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam



[INFO MENGENAI SAFI BALQIS]



Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri


Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.

SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite. Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.


Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.


[ APA KATA FATIN??? ]

Fatin gembira sekali, katanya...SAFI BALQIS OxyWhite Membuatkan kulit muka kembali cerah dan licin, Tona kulit juga telah nampak sekata, Bonde tengok Fatin memang istiqamah mengunakan produk SAFI ni... step by step dia gunakan dari : 

1)  Pembersih muka Safi Balqis OxyWhite
2) Toner Safi Balqis OxyWhite
3) Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite

Rajin betul dia sapu pelembab dekat muka...siang dan malam, lepas ni memang nak suruh Fatin maintain guna produk ni sebab nampak sesuai dengan kulit muka Fatin. Harga produk SAFI pula tidak terlalu mahal.

[RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN KULIT SAFI BALQIS OXYWHITE ]

SAFI BALQIS OXYWHITE KRIM CC SPF25PA++


 SAFI BALQIA OXYWHITE KRIM SKRUB

SAFI BALQIS OXYWHITE KRIM ANTI JERAWAT


SAFI BALQIS OXYWHITE PEMBERSIH & PENYEGAR KAWALAN MINYAK & JERAWAT 2 DALAM 1


SAFI BALQIS OXYWHITE (KAWALAN MINYAK)


 SAFI BALQIS OXYWHITE PEMBERSIH SOLEKAN

SAFI BALQIS OXYWHITE KRIM KECANTIKAN



SAFI BALQIS OXYWHITE KRIM PENCERAH LENGKAP APF 15



Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI  boleh layari :

Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram SAFI : @safimalaysia

saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN