BondeZaidalifahDotCom: DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN, PAHANG : PAKEJ LENGKAP SEMUA FACILITIES YANG ANDA CARI!

DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN, PAHANG : PAKEJ LENGKAP SEMUA FACILITIES YANG ANDA CARI!

7:37 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang....

Hai Reader Semua, apa khabar....

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Pada 11 Februari 2017, Sabtu bertempat De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang telah diadakan Family Days Kelab Blogger Ben Ashaari.

Syukur Alhamdulillah Bonde dan Family berpeluang menyertai program kali ini yang telah diadakan dengan suasana meriahnya di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang.

KBBA9 telah memilih Pakej Rehlah Renunion untuk Family Days kali ini.

Perjalanan dari Bandar Baru Salak Tinggi, mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja. Kami berhenti 2 lokasi iaitu Petronas Genting Sempah dan RNR Gambang.

Senang sahaja nak ke De Rhu Beach Resort anda gunakan app waze atau gps anda type De Rhu Beach Resort gerenti sampai.


Hari Pertama Di De Rhu Beach Resort

Lebih kurang jam 3.00 petang Bonde telah sampai di lokasi dengan jayanya mengikut panduan yang diberi oleh gps. Alhamdulillah... Maklumlah ini kali pertama Bonde menjejakkan kaki di sini.

[JAM 3.00 PETANG] CHECK IN 

Berketepatan jadual 'check in' juga adalah pada jam 3.00 petang. 

Selesai'Check in' dikaunter kami masuk ke Bilik... Wahhh nampak terus terkam katil... nak luruskan apa yang patut maklumlah perjalanan agak jauh.. nak lurus-luruskan pinggan gitu.


SUASANA DALAM BILIK

Seperti biasa Bonde akan semak apa kemudahan yang diberikan oleh pihak Resort kepada pelawat macam Bonde....

Suasana dalam bilik sangat bersih dan kemas. Bonde suka.... ada sesetengah resort yang Bonde datang tak sediakan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya untuk kegunaan pelawat yang datang.

Alhamdulillah... Resort ini menyediakan banyak keperluan seperti berikut :-

Dalam Almari Baju terdapat :

Sterika
Papan menggosok
Sejadah
Al Quran
Penyangkut baju
Plastik dobi

Coffee Bar :
Peti sejuk
Air Mineral
Cawan/Gelas/Sudu
Kopi / Teh / Gula
Cerek Elektrik

Ruang Rehat dan Santai :
Katil
Television + Siaran astro
Telefon
Kerusi santai
Lampu tidur

Ruang Bilik Air :
Lengkap Peralatan mandi
Tuala

Perkhidmatan free WIFI👍👍👍👍👍

Pakej Menarik : Honeymoon 









AKTIVITI BEBAS : MANDI KOLAM 4.30 PETANG.

Memandangkan jadual petang ini adalah bebas, Selepas waktu asar, kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan sekeliling Resort dan mandi-manda di kolam renang yang ada.

Bawa peralatan mandi sendiri... jadi senang dan selesa.



Ini adalah Kolam Private untuk pelawat dan member sahaja... ada 2 kolam 1 kecil dan kolam besar.





KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KOLAM RENANG

Sewa pelampung
Tempat salin pakaian
Tempat Mandi (shower)
Tempat bersantai (meja dan kerusi)
2 Kolam Dewasa
1 Kolam Kanak-kanak
Susur jalan ke Pantai










TEMPAI RIADAH DAN PLAY GROUND

Berdekatan dengan kolam, ada terdapat Kerusi dan meja untuk anda dan family duduk berehat dan beriadah, Dihadapannya pula terdapat alat permainan untuk kanak-kanak dan juga alat senaman untuk orang dewasa.





[JAM 8.00] MALAM PROGRAM BERSAMA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR.

Program malam itu telah diadakan dibilik Bunga Raya, Majlis dimulakan dengan makan malam,  Seterusnya Pengenalan mengenai Lembaga Zakat Selangor (Bahagian Media Sosial) Isu-isu viral di Media Sosial dan Kuiz dari Lembaga Zakat Selangor.

Bilik ini mempunyai kemudahan seperti berikut :

Pentas dan Background /Banner
Microfon dan PA Sistem
Rostrum
Kerusi & meja makan
Meja Buffet
Wifi

Pakej Bilik Seminar








PENERANGAN DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

 


CENDERAHATI DARI LEMBAGA ZAKAT UNTUK BLOGGER KELAB BLOGGER BEN ASHAARI





CENDERAHARI DARI KBBA9 UNTUK LEMBAGA ZAKAT SELANGOR




SESI BERGAMBAR BERSAMA FAMILY KBBA9


BONDE DAN FAMILY 


FACILITIES LAIN YANG TERDAPAT DI DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN, PAHANG IALAH :



10 Dewan Untuk Pelbagai Program Dan Majlis boleh seperti majlis ilmu kursus, seminar,mesyuarat, team building Program Kelab dan Persatuan, dan Majlis besar untuk adakan Family Day, Gathering, Reunion, Majlis Makan Malam,  Majlis Perkahwinan dan sebagainya.

Kerana De Rhu Beach Resort ada menyediakan kemudahan untuk anda pada pakej yang sangat menarik dan harga yang murah.










LAIN-LAIN KEMUDAHAN YANG ADA IALAH :

Kemudahan Cafe, Restoran, Gym, Karaoke, Perkhidmatan ATV, Padang untuk aktiviti Sukaneka  dan Family Day, Peralatan Sukaneka, Crew Sukaneka dan Kolam Renang yang luas.






Pakej ATV



REVIEW BONDE :

De Rhu Beach Resort adalah tempat yang sangat sesuai untuk datang bercuti bersama keluarga dan sendainya hendak mengadakan apa-apa program ilmu di De Rhu Beach Resort memang sangat sesuai bonde ulangi lagi kerana..... semua fasilitis yang anda cari ada disini. dewan, bilik yang selesa, dan yang paling penting sekarang memang ramai yang akan tanya dahulu ada wifi tak ? anda tak perlu bimbang lagi kerana semuanya ada disediakan.

Baru dua hari balik Bonde dah mula rindukan suasana disana terutama kolam renang yang luas dan sangat menarik dan pastinya teringat makanan yang sedap. jadi jangan lupa dapatkan pakej menarik dan lengkap semua kemudahan untuk family anda dan sila beri cadangan dekat majikan anda juga... sini memang sesuai dan bagus.

Kalau nak bercuti lagi nanti Bonde nak datang sini lagi... dah jatuh cinta!


Untuk infolanjut dan pertanyaan boleh layari:



Instagram: De Rhu Beach Resort

Website: derhu.com.my

No. Telefon: 09-5579000


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. Seronok tpt mcm ni..mak pak n anak2 pun pasti suka

    ReplyDelete
  2. Mmg best buat family day kat situ, semua lengkap

    ReplyDelete
  3. nak kena repeat pergi nih... adik beradik ajak p bulan 4...

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnya..kolam tu yang memanggil2 tapi tak sempat nak g mandi..anak2 jer yg mandi..

    ReplyDelete
  5. Best sangat resort ni terutama kolamnya. Kena datang bercuti pulak ni.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN