BondeZaidalifahDotCom: RESEPI KERIA KELEDEK PURPLE GULA MELAKA CRUNCHY

RESEPI KERIA KELEDEK PURPLE GULA MELAKA CRUNCHY

10:46 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua,

Seronoknya balik kampung, dapat beramai-ramai dengan family Along, kami sama-sama bergotong royong masak-memasak dengan Along serta anak buah yang lain,  Pagi ni seawal 6.30 pagi Bonde dah bangun merebus keledek. (Keledek beli masa pergi Cameron Highland hari tu...) memang niat pagi ni nak buat kuih keria, sebabnya asyik tertangguh sahaja nak buat keria ni, masa dekat rumah sendiri.  

Kuih Keria ni, follow kuih Keria Antarabangsa Melaka yang viral tu... beza dia kuih keria biasa disira guna gula pasir dan kuih keria Antarabangsa Melaka disira guna gula Melaka.

Lagi pun kalau makan ramai-ramai memang seronok "sambil chit chat cerita hal ehwal family" maklumlah masa yang ada digunakan untuk tanya khabar orang kampung dan sedara mara. ( he he he tak ada gosip pon)

(Untuk  Ubi Keledek :  tak kira warna apa yang anda suka putih , kuning dan purple , kebetulan ada warna purple)

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

RESEPI KERIA KELEDEK PURPLE GULA MELAKA

Bahan-bahan :

Ubi Keledek 500 gm (siap rebus)
Tepung - 1 Cawan (boleh tambah sikit-sikit kalau lembik)
Garam -1 sudu kecil
Minyak untuk mengoreng.

Untuk menyira Keria

Gula Melaka -1 ketul 
Gula perang - 2 sudu
2 helai -Daun Pandan
sedikit air.

Cara-caranya :

Lenyek ubi keledek yang telah direbus, bagi lembik dan buang jika urat. Masukan tepung sebanyak  1 cawan dan garam dan uli bagi sebati tepung dengan keledek.  
RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

Setelah sebati, ambil sedikit buat bulatan, leperkan dan lubangkan ditengah-tengah seperti donat. (bentuk huruf O) buat sampai habis.


kemudian panaskan minyak untuk mengoreng,  Jika warna dah bertukar warna keemasan boleh diangkat dan toskan minyak.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

Setelah habis mengoreng, ambil kuali yang lain, masukkan sedikir air dan masukan gula melaka tadi, masukan juga daun pandan, gaul-gaul hingga gula merah cair,  Bila gula dah cair masukan 2 sudu gula perang dan bancuh 1 sudu  tepung dan tapis bancuhan tepung tersebut semasa menuang ke dalam kuali. ( Ia bertindak memekatkan gula merah dan buat gula tersebut menjadi crunchy setelah kering nanti.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA


RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA
Sesudah bancuhan gula merah likat masukkan keria yang telah digoreng tadi, ini adalah proses menyira keria tersebut.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA


RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

matikan api atau kecilkan api dan gaul keria hingga rata dan gula menjadi keras dan crunchy.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

Siap untuk dihidangkan dan dimakan, Selamat Mencuba .


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN