RESEPI AYAM MASAK UNGKEP MENJADI!



Assalamualaikum Dan Selamat Malam,

Sempena persiapan Raya Korban esok, Bonde teringgin nak makan Ayam Masak Ungkep.  Sebenarnya bukan apa, malu nak citer.

sejujurnya, Sebelum ini, Bonde hanya dapat rasa dan makan Ungkep yang orang lain masak, tak pernah masak sendiri,  Selalu Bonde akan masak lauk rendang jer, Tak teringgin nak masak lauk lain masa raya-raya yang lepas.  

Idea ni datang petang tadi sebab tak tahu nak masak menu apa sebab dah beli 2 ekor ayam dan rasanya tak nak makan menu yang dah biasa makan masa raya.

Ini adalah kali pertama, Bonde buat Masak Ungkep dan berjaya masak sebab rasanya sama sahaja macam yang Bonde selalu makan sebelum ni.

Beza  Masak Ungkep dengan Rendang Ayam ialah rendang mengunakan santan kelapa, Masak Ungkep tak perlu masukkan santan kelapa.

Walaupun dah tahu apa nak letak dalam Masak Ungkep ni, Bonde tetap google jugak resepi ni..

Ada sikit lari dari resepi asal, Bahan yang bonde tak letak dalam masakan yang Bonde buat ni iaitu air asam jawa. ( tak nak letak, Tak suka masam lauk tu )


RESEPI AYAM MASAK UNGKEP MENJADI!

Resepi Ayam Masak Ungkep

Bahan-bahan:

1kg daging ayam - potong 8
3 batang serai - dititik
3 cawan air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis kasar
1 sudu besar jintan putih kasar
4 cm kunyit hidup
3 cm halia
4 cm lengkuas
25 biji cili padi ( Boleh tambah jika suka pedas)

Cara Memasak  Ayam Masak Ungkep :


1. Lumurkan daging ayam dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Perap selama 20 minit.

2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, cili padi, ketumbar, jintan, putih dan jintan manis.

3. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Kemudian masukkan serai dan daging ayam. Gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.

5. Tambahkan air, garam, gula dan perasa pilihan (jika suka).

6. Tutup kuali rapat-rapat. Gunakan api sederhana.

Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.

Apabila kuah mula memekat dan ayam empuk, matikan api dapur.


Selamat Mencuba!

 ~ Bonde Senyum Riang ~


Catat Ulasan

0 Ulasan