BondeZaidalifahDotCom: 1 RAMADHAN BERBUKA PUASA DI HOMST RECEPI

1 RAMADHAN BERBUKA PUASA DI HOMST RECEPI

6:13 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Salam 2 Ramadhan... Semalam 1 Ramdhan Bonde dan family tak dapat berbuka puasa dirumah.. berikutan Kanda ada tugasan yang perlu diselesaikan... Bonde terpaksa akur dangan arahan.  1 Ramadhan berbuka puasa di luar, Restoran mana nak buka puasa nanti... terus teringat :

Homst Recepi@ Dpulze Shopping Centre 

Cakap dengan Kanda, Kalau macam tu makan dengan Dpulze ajelah ada Homst Recepi he he he sebenarnya dah terbayang nak makan Butter Prawn yang marbeles tu .. Bonde hanya bagi cadangan sahaja tak sangka pula Kanda setuju.. Alhamdulillah Syukur...

Memandangkan semalam adalah 1 Ramadhan, Bonde pon cuak juga nak terus walk in je dekat Homst Recepi.. jadi try cari contact number Homst Recepi Alhamdulillah dengan sekali google terus dapat contact number Homst apa lagi Bonde pon calllah... 

Soalan Bonde masa call tu nak tanya untuk makan buka puasa nanti boleh datang walk in sahaja atau perlu di booking... staff Homst jawab, perlu booking kakak sebab dah ramai takut nanti tiada meja. Jadi Bonde terus booking untuk 1 meja, 4 orang. Nama booking atas nama Kanda.  Kene bagi tahu menu awal untuk di mermudahkan staff Homst nak sediakan (itu urusan Kanda untuk comfirm menu apa nak makan) Bonde nak makan butter prawn sahaja.


Telur Dadar


Hong Kong Kailan Ikan Masin


Butter Prawn


Asam Pedas Deep Ikan Siakap


Kurma


Nasi Putih


Memandang belum masuk waktu berbuka puasa jadi sempatlah kami nak selfie-selfie dulu he he he



Memang betul, kalau ada niat nak buka puasa dekat sini memang kene call dulu untuk booking, sebab masa dah dekat nak azan ramai dah yang datang dengan family-family...

Untuk info :

Homst Recepi @ Dpulze Cyberjaya

Beralamat :
P-07, Dpulze, Lingkaran, Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya.

Contact number :
Tel : 03-8322 5760

waktu operasi :
Business Hours : 11am - 10pm


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. Macam sedap je tengok asam podaih tu Bonde..

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan Bonde. Syok la Fatin...makan sedap2...

    ReplyDelete
  3. butter prawn tu kan..aummm sangat la Bonde :)
    Salam 2 Ramadhan !

    ReplyDelete
  4. Yang penting dapat berbuka bersama-sama kan..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN