BondeZaidalifahDotCom: INFO : FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2016

INFO : FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2016

12:01 pm

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Tak Sabar sudah rasa kaki ni nak berjalan ke Floria, memang setiap tahun tak lepas peluang... Pergi Floria Putrajaya.  Tak dapat lupa keindahan musim bunga.  masa tu, Perasaan kejap macam bukan berada di Malaysia, macam berada kat Luar Negara.

Sebelum ke Floria, nak tahu info-info apa yang menarik bolehlah baca artikel-artikel yang Bonde copy paste ni...

Info : UTUSAN.COM

PUTRAJAYA 3 Feb. – Festival Floria Diraja Putrajaya kembali lagi. Kali ini menampilkan bunga kekwa sebagai tema utama sepanjang festival itu berlangsung dari 27 Mei hingga 4 Jun ini di Anjung Floria, Presint 4.


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail berkata, Floria Diraja Putrajaya 2016 yang bertemakan ‘Keajaiban Dunia Floria’ akan mempamerkan lebih 400,000 pokok bunga pelbagai spesies, selain tiga tarikan baharu berbanding edisi penganjuran pada tahun lalu.

“Tiga kelainan tersebut ialah pameran The Magic of Bonsai & Suiseki, Taman Muzika dan Terrarium Tropical Magic in the Glass.

“Misalnya tahun lalu Floria Diraja Putrajaya membawa kelainan iaitu taman empat musim, namun kali ini mengetengahkan Taman Muzika yang menggunakan teknologi terkini dari Eropah,” katanya dalam sidang akhbar Floria Diraja Putrajaya 2016 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Urusan Putrajaya Floria Sdn. Bhd., Haslinda Khalid.

Menurut Hasim, buat julung kalinya festival bunga terbesar di Malaysia itu turut menganjurkan Dialog Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya pada 27 dan 28 Mei yang menghimpunkan pakar bidang hortikultur dengan masing-masing berpeluang untuk bertukar idea dan pengalaman.

Katanya, Floria Diraja Putrajaya 2016 mendapat sambutan peringkat antarabangsa menerusi penyertaan pereka bunga dan arkitek landskap dari pelbagai negara luar termasuk Australia, China dan Sepanyol yang mengambil bahagian dalam pertandingan rekaan taman dan gubahan.

“Beberapa anugerah seperti Piala Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya, Piala Taman Floria dan Piala Orkid Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya dijangka menjadi rebutan dalam kalangan pereka dan pengubah bunga,” katanya.

Pada masa sama, Hasim memberitahu, Taman Diraja yang kebiasaannya menjadi tarikan utama pada setiap lapan edisi penganjuran Floria Diraja Putrajaya bakal memberi kelainan tahun ini dengan menampilkan replika Istana Besar Johor.

Sementara itu Hasim berkata, Floria Diraja Putrajaya 2016 menyasarkan kehadiran sejuta pengunjung termasuk dari dalam dan luar negara, antaranya Singapura dan Thailand.

Ujarnya, festival itu akan dibuka kepada lawatan umum mulai 27 Mei hingga 4 Jun dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam dengan tempoh masa bagi hari Jumaat sehingga Ahad dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.

“Tiket-tiket bagi memasuki Floria Diraja Putrajaya 2016 ditetapkan RM7.50 bagi pemegang MyKad, RM22 (warga asing) manakala kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas (RM3.50) (pemegang MyKad) serta RM11 (warga asing).

Harga tiket bagi memasuki Taman Magika ditetapkan sebanyak RM10.50 untuk dewasa manakala RM5.50 bagi kanak-kanak, OKU dan warga emas.

“Untuk memudahkan pengunjung, kaunter tiket masuk akan dibuka dua hari sebelum Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 berlangsung iaitu dari pukul 9 pagi hingga 7 malam,” ujar beliau yang memberitahu tiket juga boleh dibeli dalam talian bermula 1 Mac ini dengan melayari laman web www.floriaputrajaya.com.my.


Tarikan Istimewa

Taman Diraja (Royal Garden)
 Magical World of Floria
 Musical Garden
 Taman Chrysanthemum

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016


Festival Bunga Diraja - Royal Floria Putrajaya 2016


Tarikh: 27 Mei 2015 sehingga 4 Jun 2015
Masa: 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin-Khamis) dan 
9.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya


Harga Tiket Festival Floria Diraja Putrajaya 2016:



Tiket Masuk Warganegara 


- Dewasa (MyKad) - RM7.50 dan Kanak2 (MyKid 7-12 thn), 

Warga Emas 

-(60 tahun ke atas) & OKU - RM3.50. 


Tiket Masuk Bukan Warganegara 

- Dewasa (Non-MyKad) - RM22, dan Kanak2 (Non-MyKid 7-12 thn), 

Warga Emas 

(60 tahun ke atas) & OKU - RM11. 


Tiket Masuk Magical Garden 

- Dewasa - RM10.50 & Kanak2 (7-12 thn) - RM5.50


Pameran Dan Aktiviti Di Festival Floria Diraja Putrajaya 2016.




  • Taman Magic (Magical Garden)
  • Taman Muzik (Musical Garden)
  • Taman Bunga Diraja
  • Taman Bunga Chrysanthemum
  • Taman Bunga Malaysia
  • Pameran Bonsai & Suiseki
  • Taman Bunga Persahabatan Malaysia-China
  • Taman Bunga Sekolah dan Universiti
  • Dewan Pameran (Pavilion)
  • Taman Pameran Kucing
  • Taman Bunga Pereka Hiasan Taman
  • Taman Bunga Badan-Badan Kerajaan, Korperat & NGO 
  • Taman Bunga Peserta Antarangbangsa
  • Terrarium: Tropical Magic In The Glass
  • Seni Floria dan Kraftangan
  • Seminar dan Bengkel
  • Bazaar Jualan Bunga dan Tanaman
  • Pertandingan Bunga Orkid Antarabangsa
  • Pertandingan Rekabentuk Taman
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Fotografi
  • Dan lebih dari 300 aktiviti & program harian


  • Promosi Bulan Ramadhan.




    INFO KREDIT TO :  relakssminda

    KENANGAN FLORIA PUTRAJAYA : 2013 2014 2015-1 2015-2

     
     ~ Bonde Senyum Riang ~

    Baca entri yang lain

    1 TEGURAN MEMBINA

    1. fae suka tgk flowers tapi kalo nak tanam flowers tu mungkin tak lah..

      ReplyDelete

    ~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
    ~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
    ~Dari Bonde Senyum Riang


    [PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

    [PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

    Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

    Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

    Arkib Blog

    Babab.net

    JUMLAH PAPARAN HALAMAN