BondeZaidalifahDotCom: DAPATKAN PAKEJ RAWATAN SAKIT PINGGANG, RESDUNG DAN BEKAM DI YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE

DAPATKAN PAKEJ RAWATAN SAKIT PINGGANG, RESDUNG DAN BEKAM DI YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE

6:22 pm

 Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Ada yang tercari-cari Rawatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy) baiklah sebelum tu Bonde nak perkenalkan kepada anda semua apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan :

Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy)



Yusmizee Naturopathic Center


Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Di Malaysia, terdapat dalam lingkungan 300 Natoropathy bertauliah mengamalkan perubatan ini. Mereka menyediakan latihan dan pendidikan di terapi semulajadi, seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah) untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Memperkenalkan Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka. Yusmizee Naturopathic Centre ini merupakan sebuah pusat rawatan yang diiktiraf dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.


Yusmizee Naturopathic Centre
Perkhidmatan yang disediakan oleh :


Yusmizee Naturopathic Centre


~ Terapi  Hipnosis Minda

~ Rawatan Resdung

~ Akupuntur Sinergi

~ Urutan Tradisional Melayu

~ Penawar Herba Homeopati

~ Rawatan Bekam

~ Terapi Pembetulan Tulang Pinggul dan Tulang Belakang

Yusmizee Naturopathic Centre

Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;

1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.

2) Harga untuk rawatan vvip.

3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.

Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.

Kursus Naturopati

Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.


Yusmizee Naturopathic Centre

Yusmizee Naturopathic Centre

Untuk keterangan lanjut :

pusat naturopati yusmizee, yusmizee naturopathic centre, rawatan resdung, alamat


DrN Yusmizee Bin Yusoff 

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka



Selamat Mencuba Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre
 kepada anda yang mempunyai masalah seperti diatas. Jangan tunggu lama-lama dapatkanrawatan segera!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN