BondeZaidalifahDotCom: RINDU ALAM SEMULAJADI DI RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH

RINDU ALAM SEMULAJADI DI RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH

12:33 am

Assalamualaikum.... Dan Selamat malam

Tarikh : 2 Januari 2016 

Pada Sabtu yang lepas Bonde telah menghadirkan diri ke Bengkel Fotografi yang telah di anjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari.

Ini adalah Event Pertama KBBA anjurkan untuk ahli kelabnya pada tahun 2016. (Syukur Alhamdulillah, Rasa bertuah kerana dapat join event pertama tahun ini)

Nak tahu dekat mana lokasi Bengkel diadakan ?

Bengkel diadakan di :

RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH



Bonde bersama Dell menjejak lokasi Resort Agrofarmstay@Skill-Tech. Tak susah nak cari tempat bengkel ni... Keluar Tol Ayer Keroh dan ikut jalan susur masuk UTEM dan 7 kilometer sahaja dari Pekan Durian Tunggal. Memang senang sangat nak pergi ke lokasi Resort Agrofarmstay@Skill-Tech. Boleh guna Waze dan google Map.



Bonde nak bagi panduan sedikit untuk anda semua berkenaan Resort Agrofarmstay@Skill-Tech merupakan kawasan percutian 'inap desa' untuk mereka yang cintakan alam semulajadi (back to nature).  Keluasan resort adalah 30 ekar, sangat luaskan macam-macam aktiviti boleh buat dekat sini tau antaranya :

1. Aktiviti Koporat - 

    Seminar, Mesyuarat, Kursus, Taklimat  dan Bengkel.

2. Aktiviti Belia -

    Perkhemahan, Jungle Tracking, Berkayak, Kem Motivasi, Jati Diri dan
    Treaser Hunt.

3. Aktiviti kekeluargaan @ family day

   Santai-santai, Bbq, Mandi-manda, Sukaneka, Memancing, Melawat Pet House 
   dan Melawat Dusun Buah-buahan.


Di Resort Agrofarmstay@Skill-Tech terdapat sebuah Villa yang dilengkapi dengan 7 bilik tidur serta ruang tamu dan makan yang luas. Ia sesuai untuk para eksekutif dan keluarga yang besar melakukan aktiviti keluarga di dalam Villa tersebut.


Jom Bonde bawa anda semua melawat sekitar Villa...

Assalamualaikum....
(Sila bagi Salam yea!)


Ruang Tamu yang luas terdapat TV flate Skrin serta astro



Berhampiran Ruang tamu 


Ada 2 bilik bersambung (conneting room) Dan disitulah Bilik Bonde akan bermalam...


Bilik sebelah


( Ini adalah bilik tempat Bonde berehat selama 2 hari 1 malam disini )


Tempat berkarya.... sempat jugak menulis untuk isi entri blog.



Bilik air bersih... semua ada tandas duduk dan tandas cangkung.

Ruang makan


 Peringatan kepada Penyewa Villa :


Bilik berhampiran dapur...


Bahagian Dapur  Pula,
Terdapat semua keperluan Seperti : Dapur, Periuk Nasi, Microvave, Cerek Elektrik dan Peti Sejuk
( Kalau datang dengan family memang best boleh main masak-masak )




Terdapat juga bilik-bilik lain seperti :


"Gardenview" dan "Riverview" 

Dilengkapi dengan penyaman udara dan mandian panas. 

Gardenview


4 Katil single dan 2 (Double Decker) Katil Bertingkat Untuk 10 orang


Riverview



Bilik ini sesuai untuk mereka yang datang berdua.. 
( nak honeymoon pon boleh ) he he he

Dan Katil untuk Twin Sharing



D' Lodge 6 Katil




Ruang tamu 


Beranda luar D'lodge



Bagi golongan belia yang ingin datang berkumpulan boleh menggunakan penginapan : 

Chalet Dan Khemah

Suka tengok Chalet ni warna warni sangat menarik.









Dalam Chalet terdapat katil 2 tingkat memuatkan 10 orang penghuni.


Fasiliti Mesyuarat

Kemudahan ini boleh digunakan bagi kumpulan yang datang untuk buat Mesyuarat dan perbincangan.

Bengkel yang Bonde hadiri menggunakan Bilik Lily.
(Bilik Lily memuatkan sehingga 80 orang)

Agrofarmstay @ Skill Tech




Bilik Mesyuarat Pool View Meeting Rooms


Bilik Seminar




Bilik Mesyuarat



Business Centre




Kemudahan Yang Terdapat di  Resort Agrofarmstay :

Surau Teratai
(surau ni terapung diatas tasik dan didalamnya dipenuhi bunga teratai)

1654021_831766683516088_577171891_n


Kolam Renang

( Selain Untuk Riadah Boleh diadakan aktiviti Sukan Air ) 


Bagi anda yang ingin berhibur di Resort Agrofarmstay ada menyediakan sebuah Rumah Kasut untuk anda berkaraoke.

Rumah Kasut ini sangat unik dan menarik... tak sangka rupanya ini adalah:


Rumah Karaoke


1234885_831764156849674_1686896291_n




 Terdapat juga:

 ' Pet House'

Ada Kuda, Kambing, Arnab, Itik dan Landak

 disini, anda boleh bermain-main bersama Kuda...(kalau berani cubalah bermain dengan Kuda ni sebab ia jinak, tak perlu bayar tau...



Kuda ni namanya Bujang 



Santai-santai :
Aktiviti Riadah di pagi hari 

Senaman dan jom kita berZumba 




Makan bagi Bonde sangat memuaskan... (tumb up)
Terdapat pakej-pakej dari katering seandainya anda berminat nak buat Majlis Makan-Makan nanti.

Lokasi tempat makan Dewan Palma

Agrofarmstay @ Skill Tech




Ulasan Bonde :

RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH 

Adalah satu tempat penginapan yang sesuai di Kalangan Pejabat-pejabat Kerajaan dan Swasta untuk menjalankan Kursus/Seminar/Bengkel dan Taklimat kerana semua kemudahan lengkap untuk semua aktiviti yang ingin di lakukan seperti Mesyuarat dan Perbincangan dalam kumpulan.

Untuk golongan Belia dan Pelajar ianya sesuai untuk aktiviti lasak seperti Jungle Tracking, Perkhemahan, Kem Motivasi dan Jati Diri mengajar mereka untuk kembali ke Pada fitrah Alam Semulajadi.

Untuk yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan disinilah tempat untuk anda berehat/bercuti sambil melihat keindahan flora dan fauna.  Bebas dari bunyi bising dan asap kenderaan.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:


Alamat:
 Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 
            76100, Durian Tunggal, Melaka 

Boleh Menghubungi : 
           Encik Bari - 012-211 8246 
           Encik Mat - 016-209 8623



Sumber Gambar :
Website : www.agrofarmstay.my
Kredit Pic : http://saidila.com

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN