BondeZaidalifahDotCom: KALAU TAKUT TERSADAI TEPI JALAN, BAIK BACA TAKLIMAT DARI POLYTRON MALAYSIA NIH...

KALAU TAKUT TERSADAI TEPI JALAN, BAIK BACA TAKLIMAT DARI POLYTRON MALAYSIA NIH...

12:00 am

Assalamualaikum Semua,

Dekat Bengkel hari tu, Bonde sempat diberi Taklimat berkenaan Pati Minyak oleh Polytron Malaysia.

Disebabkan Bonde memang selalu tak ambik perhatian bab-bab penyelenggaraan kereta ni maklumlah semua Kanda yang Pantau, Tapi adalah sedikit pengetahuan asas Bonde belajar dari Kanda rasanya tak cukup lagi ilmu yang Bonde tahu berkaitan Penyelenggaraan Kereta.

Kanda selalu risaukan Bonde kalau apa-apa terjadi dalam perjalanan. Jadi ada peluang dengar taklimat macam ni kene tumpu dan beri perhatian sedikit.

Alhamdulillah kali ni diberi Peluang mendengar selok belok penyelenggaraan kereta dari Polytron Malaysia.


Sumber dari : FB Polytron Melaka

APAKAH PERBEZAAN GEAR AUTO, AUTO CVT 

DAN AUTO DSG..


Kalau orang biasa nak beli kereta atau tengok kereta, dia akan tanya "auto ke manual?". Soalan tu 20 tahun lepas boleh la tanye, soalan sekarang ni kene tanye transmisi ape yang digunakan!

Manual seperti yang kite tahu, ade tombol gear, ade clutch. kene tekan clutch dan masuk ke gear 1 dan balance clutch dan pedal minyak dan jalan... sistem susunan H juga biasanya pada kenderaan manual. 'Tolak ke kiri dan keatas, ke kiri dan kebawah, keatas, kebawah, kekanan atas dan kekanan bawah" itulah susuan H manual. Gear manual kini biasanya datang dengan 6 kelajuan atau 7 kelajuan berbanding waktu ia dicipta, 4 kelajuan dan tahun 90an 5 kelajuan.

Dan auto pulak? masuk P, R, N, D, 2, L atau ade butang kecik dengan O/D bermaksud overdrive. Auto zaman dahulu kala ade 3 gear je. Gearbox auto adalah sejenis gearbox yang dahulunya dikawal oleh tekanan cecair gearbox tu untuk menukar gear. Gear auto 4 gear lebih pandai sikit kerana mempunyai TCU atau Transmission Control Unit yang bertindak sebagai otak gearbox untuk menukar gear. Dan kini gearbox 5 gear dan 6, 7 dan 8 kelajuan pun telah wujud dan ia mempunyai memori! Bagaimana ia berlaku? adakah jurutera telah menumbatkan otak manusia ke dalam gearbox?

Memanglah tidak! Gearbox automatik kini lebih bijak dari anda sendiri kerana ia mampu menukar gear sebelum anda mampu menjahanamkan gearbox atau enjin kereta anda sendiri, dan mampu menghafal gaya pemanduan anda, dan jika ia mampu bercakap, mungkin ia akan mengkritik pemanduan anda.
Gear automatik pula terbahagi kepada dua, iaitu Gear manual diatautokan atau gear auto dimanualkan! Pelik kan? terima kasihlah kepada Mercedes dan Ferrari kerana merumitkan keadaan! di mana Ferrari telah mengambil kotak gearbox manual dan dilekatkan dengan otak elektronik yang lebih pintar untuk menukarkan gear lebih lancar dari anda dan ia tidak akan menukar gear jika belum sampai masanya dan Mercedes berjaya meletakkan clutch pada gearbox autonya supaya ia mempunyai respon seperti memandu kereta manual!!
Gear auto dengan 6 kelajuan keatas baik untuk mereka yang kasar dan kadangkala mahukan keselesaan, ia boleh menjadi kedua-duanya tetapi bukanlah yang cemerlang untuk kedua-dua perkara.
CVT atau Continously Variable Transmission pula tidak tergolong dalam kategori auto atau manual. Ia berdiri sendiri disebabkan sistemnya yang aneh atau boleh dikatakan unik. CVT dipacu oleh tali sawat atau belting dan mengecas pacuan roda anda. Jika kenderaan auto dipacu oleh tekanan bendalir, CVT dipacu oleh belting dan gearbox jenis ini tidak sama sekali menukar gear seperti auto dan manual.

Penyelenggaraan CVT lebih tinggi kerana ia perlu menukar belting CVT dan minyak CVT. Manakala gear auto hanye perlu menukar Minyak gear sahaja dan untuk gear auto 6 kelajuan keatas, tiada penyelenggaraan diperlukan. Minyak tidak perlu ditukar sepanjang hayat.
CVT sangat selesa untuk mereka yang hanya memandu dari rumah ke tempat kerja, atau ke pasar atau bersantai sahaja dan tidak boleh dipandu kasar, jika anda pemandu yang kasar dan suka berseronok di atas jalan raya sehingga meraung tayar anda di selekoh, CVT bukanlah untuk anda. Jika anda seorang yang memandu cermat, CVT boleh menjadi kereta yang jimat untuk anda.
DSG atau Dual Sequential Gearbox atau Dual Clutch gearbox adalah sistem seakan2 gearbox manual di autokan. Ia mempunyai rupa seperti gearbox manual cuma setiap gear diberikan satu clutch sendiri.

DSG ini pun tidak memerlukan penyelenggaraan. Tapi ade yang mengatakan gearnya agak kasar, tetapi DSG zaman kini lebih lembut dan selesa berbanding dahulu. DSG telah pun wujud pada tahun 1970an digunakan oleh Audi Quattro dalam perlumbaan rally dan cuma dikomersialkan pada tahun 2000 keatas sahaja. Kenderaan seperti Ford Focus, Ford Fiesta, Ford Mondeo dan kesemua Volkwagen menggunakan DSG ini dan kebanyakannya mempunya 6 hingga 7 kelajuan.
Gear jenis ini tahan lasar dan sering digunakan untuk tujuan perlumbaan kerana responnya yang sangat baik berbanding gear auto. Jika anda suka berseronok di atas jalanraya, DSG adalah untuk anda.




Demonstrasi magik pelincir Polytron



Demo kepada Sebuah Kereta Exora



Demo kepada Motosikal Modenas



 

Enjin sejuk dan masih berjalan walaupun tiada minyak didalamnye... power tu...

Peluang jejak kaki ke Bengkel Polytorn Melaka



Motor Demo 



Terima kasih Polytron selaku penaja bersama :

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari






Beminat hendak mencuba dan membeli Minyak Polytron ini Bolehlah Hubungi :

Next  Advance Technologi Sdn Bhd



Email : natsdnbhd@yahoo.com.my

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. Shawal singgah + follow sini ye.. ^^

    jemput join GA Shawal.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/01/GiveawayWelcome2016.html

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN