BondeZaidalifahDotCom: Tips Keselamatan ICT

Tips Keselamatan ICT

10:42 pm

Salam dan selamat Malam...

Hari ni Bonde menghadiri Program Kesedaran Keselamatan ICT, baiklah Bonde nak kongsikan sedikit maklumat dan panduan kepada anda semua penguna media sosial dan internet berkaitan:

Tips Keselamatan ICT

ditempat awam, pejabat dan juga rumah.



Sempat selfie lagi he he he

Tips Keselamatan ICT


#1) Rahsiakan kata laluan

Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol.

Jangan berkongsi kata laluan dengan kawan-kawan.

Simpan kata laluan di tempat yang selamat.  Jangan menampal kata laluan di merata tempat cth: Monitor, Keyboard dan lln.

Kata laluan menima mestilah 8 aksara.
Tukar kata laluan setiap 5 bulan.

#2) Salin Maklumat Penting


Buat salinan dan simpan di tempat yang selamat.
Selalu membuat salinan pada CD,Tape atau Cakera Liut.

Simpan maklumat yang penting pada lokasi kedua pemacu D: selain lokasi Pemacu C: atau file system Windows.

Membuat salinan Email,Document,Excel atau Database.

Jikalau sebarang kerosakkan atau masalah pada komputer atau Cakera keras, maklumat atau data yang penting dapat diselamatkan.

#3) Gunakan perisian anti-virus


Pastikan computer anda terdapat perisian antivirus! Perisian antivirus direka untuk mengesan Virus,Adware,Trojan dan lln dalam sistem komputer.

Sentiasa kemaskini definasi virus dan perisian antivirus.Ini membolehkan ia dapat mengesan virus yang terkini.

Pastikan definasi virus sentiasa dikemaskini setiap hari. Jikalau definasi virus tidak dikemaskini, perisian antivirus tersebut tidak dapat mengesan virus yang terkini.

Jauhi komputer anda dari serangan virus.
Perisian Antivirus USM : Symantec Antivirus V 10 untuk Windows XP,2000 dan 2003. Symantec Antivirus V 8.1 untuk Windows 98.


4) Kemaskini Windows “ Patches “


Sentiasa membuat kemaskini windows apabila dikeluarkan oleh Microsoft.
Membuat kemaskini Windows secara Automatik.

Muatturun “ patches “ mengikut windows yang digunakan dan berkaitan di Laman web http://infosec.usm.my/

#5) Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet


Jangan sesekali memuatturun file atau program yang tidak anda ketahui.

Jikalau sesuatu proram atau message muncul pada tertingkap secara tiba-tiba,

 jangan sesekali membuka atau simpan program tersebut.

#6) Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali


Berhati-hati apabila membuka email.

Terus delete jika anda menerima email daripada penghantar yang tidak dikenali.

Jangan membuka email daripada orang yang anda kenali atau yang anda tidak kenali yang mengandungi attachment atau Subject email ynag tidak berkaitan dengan kerja.

Mereka yang selalu menerima dan mengforward email-email yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat, harap dapat mengurangkan aktiviti tersebut

#7) Jangan biarkan computer anda berada atas talian 



Jika tidak digunakan
Apabila kita berada di atas talian Internet, kita berada dia atas talian dua hala.Kita menghantar dan menerima maklumat masa yang sama.

Seseorang boleh mendapat capaian dari computer kita , jikalau kita tidak memutuskan talian internet.

#8) Log Off Komputer anda sebelum keluar pejabat



Sentiasa Log Off computer jikalau anda tiada dalam bilik atau pejabat.

Jangan membenarkan orang lain menggunakan komputer anda tanpa kebenaran anda.

#9) Jangan sesekali mengunakan Wifi Open Public (wifi free)



Jangan gunakan untuk akses akaun bank anda atau apa-apa transaksi akaun dikuartiri akaun anda akan diceroboh oleh mana-mana penceroboh.



Sekian sahaja perkongsian dari Bonde, moga kita sama-sama mengunakan internet dan media sosial sebagai saluran yang baik dan membantu menjana rezeki dan dipermudahkan. 

Aamiin.












~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. Kalau pakai komputer orang, better padam semua history dan kata laluan, terutamanya berkaitan banking kan..skrg ni org pndai, mcm2 blh buat..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN