STEAMED SWEET POTATO DENGANPERIUK AJAIB

by - October 10, 2015

Salam Petang...

Haa... tengah buat apa tu,

Dah minum petang ke belum?

Kalau tak ada menu, marilah... cuba resepi ni :

STEAMED SWEET POTATO DENGANPERIUK AJAIB

Bahan-Bahan :

300 gm ubi keledek (warna oren)
150 gm tepung ubi kayu
100 gm gula kastor
300 ml santan pekat
1/2 tsp garam
1/2 kelapa parut putih

Cara Membuat :

1.Kukus ubi keledek terlebih dahulu.

2.Masukan ubi keledek yang telah dikukus ke dalam mesin pengisar, masukkan juga tepung ubi kayu, gula kastor dan kisar hingga halus.

3. Pelahan-lahan masukkan santan,daram dan pukul hingga sebati.

4. Tapis adunan sebelum tuang ke dalam acuan dan kukusa dengan api besar selama 15 minit di dalam periuk ajaib.

5. Sejukkan adunan dan keluarkan dari acuan.

6. Gaulkan kelapa putih dan sedia dihidangkan.




Selamat Mencuba :)

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang