BondeZaidalifahDotCom: Sejarah Puasa Assyura

Sejarah Puasa Assyura

1:46 pm



Sejarah Puasa Assyura

Riwayat: (Muslim) 

Kategori: Ibadah


Hadith: 

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".

Huraian Hadith: 

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:


(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.


(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.

(3) Dicipta Adam a.s.

(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.

(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.

(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.

(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.

(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.

(9) Lemasnya Firaun.

(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.

(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.

(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.

(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.

(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.

(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.

(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


Image

Kelebihan Puasa Assyura


“ Siapa yang berpuasa pada hari Asyura ( 10 Muharram ), Allah akan tulis pahala ibadat baginya selama 60 tahun dengan puasa dan qiamnya dan siapa yang berpuasa pada hari Asyura akan diberikan pahala seribu malaikat dan siapa yang berpuasa hari Asyura akan diberi pahala seribu orang yang menunaikan haji dan umrah.”


ULASAN

Ini adalah petikan daripada hadis yang menyebut tentang kelebihan puasa pada hari Asyura. Ibn `Arraq al-kannani di dalam Tanzih al-Syariah menyatakan dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Hudaib Ibn Abi Hubaib dan dialah yang memalsukan hadis. Menjadikan hadis palsu seperti yang disebutkan di atas sebagai hujah adalah tidak dibenarkan sama sekali walaupun dengan tujuan baik iaitu untuk mengajak orang ramai melakukan ibadah sunnah.


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN