RESEPI SOS STEAMBOAT JOHNNYS SEDAP

by - September 02, 2015

Assalamualaikum...

Siapa suka makan steamboat dekat Restoran Johnny's... angkat tangan...

Sebenarnya...

Bonde dan family memang suka makan dekat Johnny's...

Sebenarnya yang buat sedap adalah sos dia... Bahan yang lain tu senang boleh dapat dekat Tesco n Giant je..

Kalau nak makan ramai-ramai time gathering dengan kawan kawan boleh lah buat Pot luck... Makan steamboat syoookkkk ooo,

Bahagi bahagi tugas tuk beli bahan-bahan dan makan bersama sungguh happeningkan!

Sos Original

Bahan- Bahan:
10 tangkai lada Merah (boleh lebih jika suka Pedas)
5 ulas bawang putih
5 sb mintak bijan
5 sb apple cider
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap (kicap kipas udang)
1/2 cawan air
7 sb oren sunquick (rasa sweet sour)
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
Sedikit garam dan gula penyedap rasa.

Cara-cara :

Kisar lada bersama bawang putih, masak atas Dapur bersama air, mintak bijan, sos ikan, apple cider, kicap, sos tiram, masak sampai sebati dan pekat masukkan oren sunquick masukkan garam dan gula secukup rasa.

Setelah masak..
Angkat masukkan kedalam mangkuk dan taburkan bijan yang telah disagai dan daun ketumbar yg tlh dihiris...

Resepi ni bonde Google je... Kalau dah Fav  mesti ada rasa nak cubakan!

Selamat mencuba....
Kini anda boleh menikmati steamboat dirumah...bersama resepi mudah dan ringkas.

You May Also Like

6 PEMBERI ULASAN

  1. wah. kena cuba ni. Saya dengan wife memang suka makan dekat johnnys. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedap nya bonda.. sos steamboat selalu jugak yoorin hirup macam tu je kalau makan steamboat.. tp tak pernah lg makan johnys steamboat

    ReplyDelete
  3. uish..looks tempting sangat2..lama x lepak Johny's

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang