BondeZaidalifahDotCom: TEMPOYAK IKAN BILIS + PUCUK UBI RAMPAI

TEMPOYAK IKAN BILIS + PUCUK UBI RAMPAI

2:18 pm

TEMPOYAK IKAN BILIS + PUCUK UBI RAMPAI


Assalamualaikum...

Semua-semua mesti dah tak lalu nak makan juadah raya lagikan.. ketupat rendang semua tu... paling tahan pun makan 2 hari jer,

Sebenarnya,
Tempoyak Ikan Bilis + Pucuk Ubi Rampai ni, Bonde masak pada hari raya ke 3... biasalah dah musim durian, jadi senanglah nak cari tempoyak ni...

baiklah jom tengok resepi nak buat lauk ni.

Bahan-bahan :


300 g -Tempoyak
1 kg -Santan kelapa
100 g - Ikan Bilis
30 g - Cili api - dikisar
5 Batang Serai - di hiris dan di kisar
1 Ikat Pucuk ubi - di potong rampai
Daun kunyit - di potong rampai
2 biji bawang besar - di potong bulat
5 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - di kisar
Serbuk kunyit
garam
minyak untuk menumis

Cara memasak :

Tumiskan bawang, bawang putih yang telah dikisar,setelah itu, masukan cili api dan serai yang telah di kisar tunggu sehingga garing. Masukan Ikan Bilis dan tempoyak gaul bagi rata, masukan santan, setelah santan mendidih masukkan pucuk ubi dan daun kunyit serta baawang yg telah dipotong bulat, tunggu sehingga pucuk ubi empuk gunakan api sederhana.

Untuk rasa masukkan sedikit garam dan untuk warna masukkan serbuk kunyit.

Kacau sehingga santan menjadi sedikit kering.. 
setelah itu... bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba :)

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

12 TEGURAN MEMBINA

  1. farah tak makan tempoyak, tapi mama farah suka sangat tempoyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali kene ... nak lagi... nanti farah cuba yea..

      Delete
  2. waaa ikan bilis pun jadi sedap ye...! pestaim tgok menu ni..

    ReplyDelete
  3. Tempoyak la besttttt.....adeh terus teringin plak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA tgh musim sekarang, banyak tempoyak dijual...

      Delete
  4. terima kasih bonde atas perkongsian resepi ini

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN