Menu Harus Dicuba : Nasi Impit Goreng

Menu Harus Dicuba : Nasi Impit Goreng Assalamualaikum dan Selamat Petang.. Hai reader semua, Bonde ingin kongsikan Resepi Menu Harus Dicuba : Nasi Impit Goreng, ini adalah pertama kali Bonde cuba membuatnya...

 Nasi Impit Goreng



Bahan-Bahan :

20 ketul - Nasi Impit Mini 
5 sudu besar -Cili kering yang telah dimesin
2 biji - Telur Ayam
3 sudu - udang geragau
1 biji bawang besar - cincang
5 ulas - bawang putih cincang
1 batang lobak merah - hiris panjang
1/2 biji kobis bulat - hiris halus
2 biji cili besar
sedikit daun sup - hiriskan halus
minyak untuk mengoreng
sedikit garam
sedikit cukup rasa maggi


Cara-cara memasak :

Panaskan minyak untuk menumis, masukan cili kering goreng hingga garing, masukan bawang merah  dan  putih yang telah dicincang, masukan udang geragau dan masukan lobak merah, semuanya gaul hingga sebati masukan sedikit garam dan pecahkan telur. 

Setelah telur masak masukan nasi impit tadi dan gaul rata, masukan sayur kobis dan letakkan  cukup rasa maggi gaul hingga semua nampak telah masak angkat hidangkan dalam pinggan dan taburkan daun sup yang telah dihiris tadi. 

Sedia untuk dimakan.

Nota :
Selain udang geragau anda juga boleh letakkan udang kering atau udang hidup/segar, ikut citarasa anda.

Menu Nasi Impit Goreng diatas untuk dimakan 5-6 orang, Nasi impit goreng boleh disimpan dalam peti sejuk dan dikukus semula untuk tahan lama. 

Selamat Mencuba :)

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~





Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

10 PEMBERI ULASAN

  1. Nani pernah try buat ni. Hehhe :D

    BalasPadam
  2. uniknya bonde, in shaa allah nanti kak ana cuba, tq sharing resepinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ana nnt trylah masak, dan akak boleh Pelbagaikan mengikut citarasa kegemaran akak he he he :)

      Padam
  3. Kena try gak nie... nampak macam best ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal... trylah... sedap tau... boleh tambah ayam kalau nak... :)

      Padam
  4. Sedap ni....!! menu wajib beberapa hari lepas Raya...

    BalasPadam
  5. Sedap ni....!! menu wajib beberapa hari lepas Raya...

    BalasPadam
  6. Sedap ni....!! menu wajib beberapa hari lepas Raya...

    BalasPadam
  7. Bonde, nasi impit tu potong² tak atau biarkan seketul²..hehe..boleh try ni....

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.