BondeZaidalifahDotCom: HATI PEREMPUAN

HATI PEREMPUAN

3:51 pm

Jom baca....
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG...
DEMAM TEMAN LELAKI UPAHAN TELAH BERLALU PERGI...KINI DIGANTI DENGAN HATI PEREMPUAN...
Jangan lupa saksikan petang ini drama terbaru slot Akasia.."HATI PEREMPUAN" PENULIS NUR AIN AL-ABBAS
NOVEL Penulisan2u



SINOPSIS :


Hati Perempuan...


‘Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya’Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?“Kenapa ni?” – Tengku Zaril.“This is yours?” – Yuhanis.“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” – Tengku Zaril.“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” – Yuhanis.“I proposed you, Cik Yuhanis.” – Tengku Zaril.Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” – Tengku Zaril.“Takkan semudah itu.” – Yuhanis.Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

BACA ON LINE : 







JUDUL : HATI PEREMPUAN 

EPISOD :28 episod

TARIKH : 30 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)

SIARAN : Slot Akasia TV3

PENGARAH : Kas Roshan

SKRIP : Nieza Nahar

NOVELIS : Nur Ain Al-Abbas

TERBITAN : Creative Skill Solution

PELAKON : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail,Ishak Hasimi, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman





Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril & Mia Ahmad sebagai Yuhanis


~ BONDE :) RIANG~

Baca entri yang lain

14 TEGURAN MEMBINA

  1. Replies
    1. Ewan... Jgn lupa buka tv & channel tv3

      Delete
  2. assalamualaikum zai....wah mcm best jer...ptg nanti nak tengok la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam mama...

      mulai 30 Mac 2015.. ptg ni dan... mlm nnt ISM pulak jam 10 di Astro

      Delete
  3. Semalam terlepas tengok 1st episod T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonde pon tgk separuh je sebab balik lambat

      Delete
  4. melekat lagi lah bonde depan tv ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak lekat kak Ana.. selalu tgk tgh2 malam@ ujung minggu je sebab dah record kat decoder tu

      Delete
  5. hensemnya lelaki baju biru tuh...awat gambar yang atas dia kurang hensem....ke orang yang beza2....hahahahahha :D mcm best cerita ni bonda :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he orang yg sama Aisya...
      trylah tgk kat tonton he he he

      Delete
  6. waduhh suke heronye... nak bace online dulu sat..nak feeling2..hahah

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN