BondeZaidalifahDotCom: ~KEJADIAN LIDAH~

~KEJADIAN LIDAH~

10:16 pm


Jom baca....
Di Sebalik Kejadian Lidah Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya  Tapi hati ramai manusia sudah buta, tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya

Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya.
 
Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa. Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak.  
Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa. Ada yang dimakan merasa manisnya,ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit

Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar.  Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya. Rasanya yang banyak oleh satu lidah. Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum. Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah

Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap

Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat. Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang 
 
Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah

Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
 
Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
Dari kejadian lidah?
 
Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya





 ~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN