BondeZaidalifahDotCom: Tip Bila Menghadapi Kesusahan & Hajat..

Tip Bila Menghadapi Kesusahan & Hajat..

12:23 am

Jom baca.... 

Buat solat hajat 12 raka'at.

Saidina Ali bila susah solat hajat lebih dari 2 rakkat, sedangkan mereka adalah sahabat Nabi SAW, orang yang dekat dengan Allah, tapi kita bila susah just buat 2 sahaja? Cukupkah.?
Cukup sebenarnya bila Allah berkehendak, dan tak salahpun, tapi tak kanlah kita berkira, makan masa setangah jam sahaja, insyAllah. Bersungguh dalam berdoa adalah jalan orang yang soleh…

Ha! Yang ni kena baca betul-betul! !!!

"""" Dan jangan solat hajat kerana korang ada hajat, itu tak ikhlas namanya, tak makbul doa nanti kerana tak ikhlas, solat hajat di buat kerana perintah Allah. Amalan yang ikhlas adalah amalan yang di buat hanya kerana Allah, atau kerana perintah Allah, maka korang buatlah solat hajat kerana perintah Allah yang menyuruh orang susah bersolat hajat, jadi korang buat solat hajat bukan kerana korang ada masalah, tapi korang buat solat hajat kerana perintah Allah yang suruh orang ada masalah buat solat hajat-, jadi buatlah solat hajat kerana itu adalah perintah Allah kepada orang yang ada hajat, bukan solat hajat kerana ada hajat, yang penting hanya kerana Allah!!!


Bagaimana nak buat? –alahai, buat macam solat tarawikh, 12 rakkat, enam salam.

Nak baca surah apa?- bacalah surah apa-apapun selepas al fatihah, tak bacapun takpe.

Kena menangis ke?- memang sangat amat kena menangis.

Kalau tak boleh menangis?-berlakon menangis, guna bawang atau minyak angin cap kapak?

Kalau doa tak makbul gak?

He he he-ada 3 perkara yang korang akan dapat bila berdoa:

1. Allah bagi apa yang korang mintak.

2. Allah jauhkan bala yang patut datang.

3. Allah tak bagi kerana DIA Maha Mengetahui yang terbaik untukmu, namun akhirat kelak, Allah akan tukar setiap doa yang tak makbul kepada ganjaran, sehingga bila korang lihat ganjaran itu, maka korang suka sekali jika tiada satu doapun yang korang mintak dulu itu makbul…oh!

~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN