KENE HEMPAP DENGAN HANTU HEMPAP-HEMPAP



jom baca....

Anda sedang tidur dan anda ingin bangun dari tidur, tiba - tiba badan anda tidak dapat bergerak, otak anda menghantar isyarat untuk bergerak tetapi kaki dan tangan tidak bergerak walau seinci. Semakin anda meronta, semakin susah anda bergerak. Anda ingin menjerit, tetapi suara anda tidak dapat dikeluarkan. Terasa seperti anda sedang ditindih sesuatu.Sesiapa yang biasa pernah kena?

Inilah situasi berlakunya Sleep Paralysis.Suatu fenomena yang sukar dibuktikan oleh akal manusia. Setiap manusia dikatakan 80% mengalami fenomena Sleep Paralysis ini. Di Newfoundland, ianya dikenali sebagai 'Old Fag', di Hong Kong ianya dipanggil 'Penindasan Hantu', di Jepun, ianya diberi nama sebagai 'kanashibari' dan Mexican mengelarkannya sebagai 'a dead body climbed on top of 
 David McCarty, seorang pengkaji fenomena tidur di Louisiana State University Health Sciences Center's Sleep Medicine Program, menerangkan, ketika manusia tidur, mereka cenderung untuk memikirkan tentang pelbagai perkara (berangan) dalam bentuk berperingkat dan disusun seperti plot dalam penceritaan. Jadi apabila mereka dalam keadaan tidak sedar, setiap motor sensory dalam badan akan berinteraksi dari tindak balas angan - angan tadi sehingga satu tahap dimana terlalu banyak signal dihantar ke otak menyebabkan badan mereka menjadi lumpuh sementara (dikenali sebagai atonia).

Pelbagai andaian dan kajian dibuat bagi menyelidik fenomena sleep paralysis ini. Namun bagi umat Islam, kita mempercayai setiap kejadian yang Allah tetapkan adalah bersebab. 
untuk mengelakkan diri dari dihimpit atau ditindih ketika tidur,  
AMALKAN :
~ Ambillah air sembahyang 
~Bacalah "Ayat Al -Kursi" 
~Bacalah surah al-ikhlas 7 kali 

~Bacalah doa masuk tidur
InsyaALLAH tidur akan lena.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan