'Tiba Masa' Manual Terkini Dari Datuk Zainalabidin



Setelah lebih 30 tahun menyanyikan lagu popular ‘Hijau’, hari ini Datuk Zainalabidin telah memperkenalkan sebuah naskah terbaharu berjudul ‘Tiba Masa’, yang merupakan kesinambungan kepada lagu pertama nyanyiannya secara solo itu.

'Tiba Masa' Manual Terkini Dari Datuk Zainalabidin

Dihasilkan sempena meraikan empat dekad legasinya di dalam industri muzik tanah air, lagu ‘Tiba Masa’ telah mendapat sentuhan emas daripada komposer yang disegani, Michael Veerapen, yang bertindak sebagai pencipta lagu, dan dilengkapi dengan bait-bait lirik tulisan Mukhlis Nor.

Dikenali ramai sebagai seorang penyanyi bergenre muzik dunia dan kerohanian, lagu-lagu nyanyian Datuk Zainalabidin banyak berkisarkan tentang kemanusiaan dan alam sekitar, lagu-lagunya sering mencuri perhatian para pendengar dan diterima oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

'Tiba Masa' Manual Terkini Dari Datuk Zainalabidin



Menurut Datuk Zainalabidin, idea menghasilkan lagu berdurasi tiga minit lebih itu tercetus apabila saban hari semakin banyak isu pencemaran dan kemusnahan alam sekitar menjadi liputan utama akhbar.

“Saya sudah ingatkan orang ramai semasa menyanyikan lagu ‘Hijau’ 30 tahun yang lalu bahawa kita perlu menjaga alam sekitar, namun tidak ramai yang ambil peduli, akhirnya sekarang kita menanggung akibatnya,” ujar Datuk Zainalabidin.

Beliau sememangnya lantang dalam menyokong usaha untuk mengekalkan pemuliharaan dan keseimbangan ekologi dalam persekitaran semula jadi planet, demi kesejahteraan generasi semasa dan akan datang, selari dengan konsep kelestarian alam sekitar yang gigih diperjuangkan.

Para peminat Datuk Zainalabidin yang ingin mendengar lagu ‘Tiba Masa’ boleh strim lagu tersebut di kesemua platform muzik digital seperti Spotify, Deezer, Itunes, Huawei Music dan di platform media sosial Facebook, Instagram serta Tiktok.

Turut dilancarkan pada hari tersebut adalah video muzik ‘Tiba Masa’ yang telah diarahkan sendiri oleh isteri Datuk Zainalabidin, Datin Angelina Asmawi. Mengambil masa hanya 2 jam sahaja untuk melengkapkan penggambaran, video muzik tersebut mengetengahkan teknologi AI terkini, pertama seumpamanya di Malaysia.

Dengan mengetengahkan latarbelakang alam sekitar, video muzik tersebut telah dipersembahkan buat pertama kalinya kepada para hadirin di majlis tersebut sebelum diikuti dengan persembahan secara langsung daripada Datuk Zainalabidin.

Peminat-peminat yang ingin menonton video muzik tersebut boleh ke saluran Youtube Datuk Zainalabidin @zainalabidinhijau di link berikut:

Sidang media petang itu telah dimulakan dengan pengumuman daripada Pengarah Urusan Bsync Live, Adam Mazelan, berkenaan sebuah konsert yang menggunakan nama lagu terbaharu Datuk Zainalabidin, iaitu Konsert “Tiba Masa Zainalabidin” yang bakal dilangsungkan pada 30 September 2023 nanti di Panggung Sari, Istana Budaya.

Jualan Tiket Konsert "Tiba Masa Zainalabidin"

Menurut Adam, tiket-tiket konsert telah pun mula dijual sejak 4 Ogos 2023 yang lalu di www.ticket2u.com.my dan sambutan yang diterima setakat ini amatlah menggalakkan. Menawarkan enam tier tiket pada harga bermula RM169 untuk tempat duduk Aras 2 sehingga RM865 untuk tempat duduk kategori Emas, Adam mensasarkan tiket akan habis terjual untuk konsert yang bakal berlangsung untuk satu malam tersebut.






Kemunculan Headwind bersama Datuk Zainalabidin


Datuk Zainalabidin dijangka akan membuat persembahan tanpa henti selama 2 jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen. Selain menyanyikan lagu-lagu popular, turut menjadi tarikan konsert “Tiba Masa” adalah kemunculan istimewa Datuk Zainalabidin bersama kumpulan Headwind yang bakal menyampaikan lagu-lagu hit mereka seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin, dan Disediakan oleh: DIDZ SQUAD STUDIOS Hanya Di Radio.

Kali terakhir kemunculan Headwind bersama Datuk Zainalabidin dalam sebuah persembahan adalah sewaktu konsert Datuk Zainalabidin pada 5 tahun yang lalu. Ketahui kisah-kisah di sebalik tabir sekitar persiapan Datuk Zainalabidin untuk konsert di laman media sosial Facebook dan Instagram @tibamasa.zainalabidin atau klik link berikut untuk pautan yang lebih pantas: https://linktr.ee/datukzainalabidin

Lirik Lagu Tiba Masa Zainalabidin

'Tiba Masa' Manual Terkini Dari Datuk Zainalabidin


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Seronok baca berita terkini dari Datuk! Sentiasa terkini dengan perkembangan semasa.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.