Kuih Kaswi Pandan Dan Kuih Kaswi Gedik



Kuih Kaswi Pandan dan Kuih Kaswi Gedik sekarang ni memang tengah trending dan viral di page group masakan di facebook.

Kuih Kaswi Pandan Dan Kuih Kaswi Gedik


Kuih Kaswi ini telah diubah mengikut citarasa baharu.  Kalau dahulu Kuih Kaswi yang kita kenal berwarna coklat dan rasa gula merah. Tapi sekarang ada bermacam variasi Kuih Kaswi.


Variasi Kuih Kaswi :


1. Kuih Kaswi Pandan
2. Kuih Kaswi Gedik
3. Kuih Kaswi Jagung
4. Kuih Kaswi Sirap
5. Kuih Kaswi Keladi
6. Kuih Kaswi Labu
7. Kuih Kaswi Keledek
8. Kuih Kaswi Kacang Hijau
9. Kuih Kaswi Kacang Merah
10. Kuih Kaswi Santan Leleh
11. Kuih Kaswi Durian
12. Kuih Kaswi Kentang
13. Kuih Kaswi Terung Beras Pulut Hitam
14. Kuih Kaswi Dua Dunia

Dalam 14 senarai yang diatas yang penah Bonde buat hanyalah Kuih Kaswi Gula Merah.

Tapi harga kuih kaswi yang dijual sekarang memang agak mahal, biasalah bila dah viral penjual akan meletakkan harga mengikut bekas kuih. tak berbaloi untuk pengemar kuih kaswi katanya mahal, lebih baik buat sendiri.

Ada juga yang tak kisah dengan harga janji dapat makan asalkan kuih yang dibeli tu menarik dan rasa sedap.

Bagi yang hendak buat sendiri Kuih Kaswi Pandan Dan Kuih Kaswi Gedik , dibawah ini ada dikongsikan Resepinya dari perkongsian di facebook.

Resepi Kaswi Pandan 

Kuih Kaswi Pandan


Kuih Kaswi Pandan lembut bergedik, kenyal dan cantik

Bahan-bahan

1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur
sedikit garam

Acuan sapu dahulu dengan sedikit minyak, isi adunan sehingga penuh acuan tu. Kukus 15 minit... 

Dah masak angkat tunggu kuih betul-betul sejuk baru keluarkan daripada acuan. 

Resepi ni boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih. Kelapa parut kukus sekejap untuk tahan lama tak mudah basi.

Resepi Kredit to Ziela Ramli (MAHN)


Kuih Kaswi Gedik


Resepi Kuih Kaswi Gedik


Bahan-bahan:

1 cawan air pandan
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sudu besar air kapur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.

2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.

3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.

untuk makluman sukatan diatas boleh hasilkan 24 biji kuih kaswi. 

Kredit : FB Santan Kelapa Penaga




Resepi Kaswi Gula Merah


Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap 


Bahan-bahan untuk resepi kuih kaswi :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah atau gula perang
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air

Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat

Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini. Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.

Cara-cara penyediaan kuih kaswi bergoyang ini :

1 Daripada 5 cawan air , panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan.

2 Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan-bahan yang lain. Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.

Jangan terlebih guna air kapur. Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.

3 Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.  Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini. Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.

4 Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.

5 Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka. Kami suka tak letak apa-apa sebab kuih nya dah cukup manis.


Kredit: FB Resepi Kuih-Muih


Acuan Kaswi Viral boleh beli di :



Acuan Kaswi Viral


Acuan Ros


Selamat Mencuba


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Byk dijual di butik2 skrg kuih kaswi ni

    BalasPadam
  2. tq bonde share, banyak betul rupanya kaswi.. kuih kegemaran kami ni.. lelagi makan dengan kelapa yang ngam.. lemak manis

    BalasPadam
  3. alahai cantiknya acuan kuih tu nak makan pn rasa sayang. apapun dua2 kuih ni mmg sedap2

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.