بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Musim Bunga Kantan tengah berkembang... jadi macam-macam menu nak buatkan!
Bunga Kantan, Selain buat kuah Laksa, Masak Asam Pedas... Bunga Kantan ni sedap buat Kerabu!
Bonde cuba buat Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan... Sedap rupanya. Bagi anda yang tak pernah cuba bolehlah cuba resepi nya Bonde kongsikan dibawah.
Resepi Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan

Bahan-bahan :
3 kuntum - Bunga Kantan
50 gram - Ikan Bilis
10 biji - Cili api akar,
4 sudu - Air perahan limau
sedikit garam
Cara-cara :
Hiris bunga kantan, hiris cili api dan goreng ikan bilis hingga garing.
Gaulkan semua dalam mangkuk
Letakkan garam dan perahan limau, gaul lagi...
Siap untuk dimakan!
Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan ni sedap juga di makan dengan nasi panas dan dimakan begitu sahaja.
Selamat Mencuba !
Tonton Video Masakan di Tiktok bonde_cooking_time Jangan lupa follow yea!
@bonde_cooking_time Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan #kerabu #resepi #resepisimple #resepimudah #resepitiktok #masakan #masakankampung #myfood #myfoodiesharing ♬ Cooking BGM (Japanese style) - ArcTracks
4 Ulasan
kalau di Sabah, biasanya bunga kantan dibuat serondeng.
BalasPadamsedapnya kerabu letak bunga kantan banyak2
BalasPadamMenu kegemaran saya! Memang sedap
BalasPadamnampak sedap...boleh cuba nanti..tq share resepi dan cara buat bonde
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.