Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 Pada 3 November



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua Pembaca... Ada berita menarik untuk anda peminat produk Huawei...

 

 Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 Pada 3 November 


Rakyat Malaysia akan mendapat kemajuan telefon pintar terkini dan banyak lagi melalui pelancaran Siri HUAWEI MATE50, dan banyak lagi!




TIDAK LAMA LAGI! HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia, peneraju infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global dan peranti pintar akan melancarkan barisan produk yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Siri Mate50 pada 3 November 2022 - membolehkan rakyat Malaysia merasai rekaan elegan dan teknologi inovatif yang ditawarkan HUAWEI.


Memperkenalkan King of Flagship, HUAWEI Mate50 PRO, yang akan menggunakan sistem operasi EMUI terkini daripada HUAWEI. Peranti flagship ini dilengkapi teknologi kamera mudah alih berprestasi yang lebih baik daripada pendahulunya untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman mengagumkan sambil mengekalkan reka bentuk space ring klasik dengan sentuhan halus corak Clous de Paris.


TUNGGU JAP! ADA BANYAK LAGI NI!


Selain daripada Siri Mate50, HUAWEI juga akan memperkenalkan Siri nova 10Watch GT 3 SE dan Siri Matepad! HUAWEI berhasrat untuk memenuhi setiap keperluan rakyat Malaysia untuk gaya hidup yang lancar dan produktif dengan menggabungkan yang terbaik antara fesyen dan praktikal. Siri nova 10, Siri Watch GT 3 SE  dan Siri MatePad membuat penampilan julung kalinya pada hari yang sama dan akan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak lagi dengan peneman digital yang unggul ini.


Sebagai tambahan kepada barisan produk baharu, HUAWEI juga akan memperkenalkan EMUI 13 baharu untuk Siri Mate50. Wajah baharu Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) direka untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar serta melengkapkan pengalaman menggunakan peranti flagship menyeluruh ini - membolehkan HUAWEI melompat jauh ke arah kepenggunaan terutamanya untuk Huawei AppGallery. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, 'Sophia',  pembantu AppGallery juga akan tersedia untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan mengenai isu berkaitan aplikasi HMS  dengan berkesan.


Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang berita atau promosi menarik seperti Pra-pesanan Eksklusif RM1 mereka, layari Laman Web Rasmi HUAWEI untuk membuat pra-pesanan sekarang dan berpeluang memenangi hadiah hebat daripada jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai sehingga RM15,000!


Selain itu, jangan ketinggalan pelancaran Siri HUAWEI Mate50 dan Produk HUAWEI lain yang menarik pada 3 November 2022, melalui Laman Facebook Rasmi HUAWEIatau klik di sini untuk turut serta pada hari pelancaran nanti!

 



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tak sabar nak tunggu hari pelancaran nanti..

    BalasPadam
  2. makin banyak pilihan hp yang ada di pasaran.. yg ni ntah berapa harganya

    BalasPadam
  3. SA macam menyesal beli samsung A33 ni...x best....nyesal x beli Huawei je...walau banyak apps nak kena beli

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.