Resepi Telur Mata Dan Garden Peas



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam... Produk Ayam Brand memang sangat membantu dan memudahkan kerja harian kita.  Ini Bonde kongsikan Menu yang enak dan akan buat kita kenyang sepanjang hari nak-nak masa berpuasa.

Produk Ayam Brand tersebut adalah Garden Peas atau kacang peas.

Dibawah ini Bonde ada kongsikan resepinya.







Resepi Telur Mata Dan Garden Peas


Bahan-bahan :

2 biji telur
1 tin Garden Peas
1 biji bawang potong bulat
1 biji bawang (copper)
4 biji bawang putih (copper)
4 biji cili api thai
Sedikit minyak
Sedikit Air


Cara memasak :



Goreng telur dan ketepikan

Tumis bawang merah dan putih yang telah dicopper
Masukkan Garden Peas dengan sedikit air 
Tumis hingga Kacang peas lembut
Masukkan bawang yang telah dipotong bulat

Garden Peas yang telah siap bolehlah taburkan diatas telur yg siap digoreng.


Menu ini sangat sesuai dimakan bersama nasi panas ketika sahur.

Ia juga membuatkan anda kekal bertenaga dan kenyang sepanjang berpuasa.

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Selalu tengok grup ni share resepi macam- macam..rasa nak copy nak letak kat entry and bagi credit..sebab senang nak refer kan..tapi tak berani plak..nanti takut kena tuduh plagiat..but resepi bonde share ni mmg nampak sedap

    BalasPadam
  2. Sedap pula nampaknya gandingan telur dengan kacang pea tu Bonde.. sebab dah lama tak makan kacang pea dalam tin tu pun iya juga.. jadi terkenang-kenang pula.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.