Muat Turun Aplikasi Marrybrown Dapat Tebus Makanan Pada Harga Murah



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan berkenaan Aplikasi Marrybrown.  Anda dah muat turun Aplikasi Marry Brown ke belum?  Kalau belum cepat-cepat muat turun sekarang kerana dalam aplikasi tersebut anda dapat redeem makanan pada harga jimat.



Muat Turun Aplikasi Marrybrown Dapat Tebus Makanan Pada Harga Murah

Kebetulan pada hari ini Bonde memang sangat penat kerana merewang bubur lambuk di pejabat untuk edaran pada semua kakitangan.  Jadi untuk berbuka puasa Bonde plan nak berbuka dekat Marrybrown sahaja.

Kebetulan sebelum ini Bonde ada terbaca berkenaan aplikasi Marrybrown ada buat promosi... apa tunggu lagi masa untuk redeem makanan pada harga jimat.

Teruja nak tahu kan! Baiklah bonde terangkan satu persatu mengenai aplikasi Marrybrown ni ya.



Step By Step Penebusan Di Aplikasi Marrybrown


Muat turun aplikasi secara percuma di https://mbapp.marrybrown.com dan nikmati pelbagai tawaran menarik yang tersenarai di bahagian "great deals".

Cara untuk anda tebus makanan yang ditawarkan di  "great dealsseperti dibawah:

Buka aplikasi Marrybrown dan klik pada bahagian "deals". Kemudian klik "available deals".

Klik/pilih menu yang anda ingin beli pada senarai available deals. Kemudian klik "redeem now".

Selepas itu, anda perlu klik pada bahagian "my reward" untuk lihat adakah senarai menu yang anda tebus tadi telah berjaya dan tertera di bahagian ini.

Kemudian klik gambar tersebut untuk dapatkan "QR Code" dan tunjukkan pada crew bertugas di bahagian kaunter untuk diimbas masuk ke dalam sistem sebelum anda membuat proses pembayaran.



Alhamdulillah penebusan berjaya!

Tebus Satu Pc Ayam Secara Percuma


Bagi anda yang pertama kali muat turun aplikasi Marrybrown nih, anda akan dapat Satu Pc Ayam Secara Percuma tau...



Menu yang sempat Bonde Tebus hari tu..

1. Hotouch Burger Combo RM 13.50 potongan harga RM 10.00

2.Bubur Ayam Combo RM 8.50 potongan haga RM 6.90

3. Onion Ring 6-PC RM 3.95 potongan RM 3.00

4. Potato Wedges 6-PC RM 5.20 potongan RM 2.90

Total semua RM 22.80 sahaja yang perlu dibayar.  Jimat bukan.. sempat juga Bonde oder menu baharu dari Marrybrown iaitu sweet potato... memang wajib beli, cucur keledek ni memang kegemaran husband jadi wajib beli.




Jadi sebab itulah Bonde kongsikan pada anda semua tentang promosi ini sementara masih ada, cepat-cepatlah anda ke Marrybrown berdekatan anda dan Marrybrown yang mengambil bahagian anda boleh semak di laman web Marrybrown dibawah.

Untuk keterangan lanjut dan sebarang promosi bolehlah anda ikuti media sosial Marrybrown dibawah :

MarryBrown


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Dapat harga murah, lepas tu boleh tebus ayam percuma la. Macam best je buat juadah raya ni hehe

    BalasPadam
  2. Kak Sue pun dah cuba hari tu..

    BalasPadam
  3. Area umah SA ada satu MB outlet..nak install la apps dia...senang order thru apps je...

    BalasPadam
  4. Terima kasih share info. Belum donlod lagi apps marybrown .. baru tau ada 😃😃
    tebus ayam seketul pun berbaloi sebab sekarang harga seketol pun dah rm4

    BalasPadam
  5. Wahh dah ada apps lg mudah kn! MB menu semua best2 anak2 syaa pun suka makan MB

    BalasPadam
  6. Bestnya dah ada aplikasi sendiri. Saya dah la suka makan Marrybrown nih..Tq kak share.

    BalasPadam
  7. Wah! menarik sangat ni Bonde.. bolehlah try. Kekadang boring juga makan nasi ni.. nak cari ayam-ayam goreng cam gini.

    BalasPadam
  8. Menarik. Tempat kak pip macam ada MB, 20 minit drive dari rumah. tapi tu lah jarang sangat nak ke sana. Lepas ni bolehlah cuba.

    BalasPadam
  9. Nice post thank you Melinda

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.