Tak Boleh Move On Dengan Menu I Love Yoo!



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua,  Sejak kebelakangan ini Bonde dan suami sering berkunjung ke kios I Love Yoo!  

Tak Boleh Move On Dengan Menu I Love Yoo!


Kenapa ? sebab tak boleh move on dengan kuih bom yang sedap nak-nak makan masa panas-panas ya ampun... dok teringat, Bonde sedang menaip entri ni pun dok teringat dekat kuih tu...


Antara Menu-Menu Yang Tak Boleh Move On dekat Kios I Love Yoo!

Sesame Ball Red Bean (Kegemaran Bonde)

Sesame Ball Peanut (Kegemaran suami)

Potato Sweet ( Kegemaran suami, sama macam dekat cameron)

Yoo cakoi ( sedap cicah kaya)

Bubur Nasi (sedap makan time tak ada selera)

Air Soya (piow soya dia)



Kanda memang kalau boleh hari-hari balik kerja nak singgah beli kuih kegemarannya dekat kios I Love Yoo! D'pulze, Cyberjaya nih... Jadi Bonde follow jerlah.

Tapi kali ni Bonde ajak Kanda makan dekat situ jer... disebabkan nampak ada meja kosong belum ada pelanggan yang duduk sajalah nak lepak-lepak sambil makan-makan dekat situ hehehe


Selalunya kuih-kuih nih masa lami sampai  jam 5.45 petang masih panas-panas lagi, mungkin baru di goreng.. jadi bertambah selera kami untuk menikmatinya.


Untuk menu yang kami makan petang tu... Bubur dan air soya tu kami baru jer cuba merasainya.



Bubur ada taburan udang geragau, kacang, bawang goreng, daun sup dan potongan cakoi.. boleh tahan sedap Bonde top up lada sulah kena ambik dekat kaunter dan kicap masin.


Cakoi ni kegemaran Kanda... cicah dengan kaya memang sedap dan padu rasa dia!


Selalunya Kanda akan ambik Sesame Ball Red Bean dan Peanut kali nih ambik Red Bean sahaja... Memang sedap Kanda siap suruh potong-potong kecil senang nak makan sebab panas senang nak cucuk dekat lidi hehehe

Senarai Harga Menu dekat I Love Yoo!

Baiklah Bonde nak makan dulu... anda kalau dah teringgin tu jangan lupa ke kios I Love Yoo! berdekatan anda yea.. sila google kios I Love Yoo! ada banyak cawangan baru yang telah dibuka mana tahu ada kios dekat dengan lokasi anda.



I Love Yoo! Dpulze

DPULZE Shopping Centre
LCK-03A, DPULZE Shopping Centre, 
Persiaran Multimedia · 

Contact Number : 03-8959 2999

Buka ⋅ Akan ditutup pada 10:00 PTG

Makan di restoran dan bawa pulang...

Selamat mencuba anda pasti akan repeat lagi (hehehe)


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. pernah 2-3 kali beli cakoi kat sini klau teringin. biasanya guna food delivery, dah smpai tu sejuk sikit dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai sebab tu kami sanggup ke kios sebab suka makan yang panas-panas

      Padam
  2. nampak menarik je bonde..ha menu2 gini kena makan on the spot baru feel!

    BalasPadam
  3. Sedap je semua makanan dia. Apalagi makan panas2 kat situ terus😍

    BalasPadam
  4. Ya Allah ingatkan ape la
    rupanyer makanan
    adoiiii sedap betul la nampak
    boleh google kat area jb ni

    BalasPadam
  5. ala sedapnya terliur pulak, harga pun berpatutan, tak mahal sangat, harap nanti akan ada cawangan kat kelantan

    BalasPadam
  6. Wahhhh teruja. Lagi2 kalau Ada cakoi, gebu n lembut lepas tu kaya dia sedappp , memang kak pip suka sangat.
    Nikmat gitu.

    BalasPadam
  7. nampak sedap, tapi jauh la pulak. sy di perak hehe. tapi terus esok rasa nak cari kuih bom dan cakoiii

    BalasPadam
  8. Nama kiosk tu pun buatkan kita nak datang selalu..kiki. bubur tu kenapalah nampak sedap sangat memalam ni..huhu

    BalasPadam
  9. Wahhh seronoknya menu menu dia, tapi tulah xpernah merasa lagi

    BalasPadam
  10. Haaaa kte pun suka makan kat sini bonde! Memamg fav sgt kalo jenjalan nampak dia mmg singgah ekek cakoi dia sedap

    BalasPadam
  11. Ala pagi² tengok makanan dah rasa lapar 😆 especially sweet potato ball tu, mesti sedappppp. Feveret tu

    BalasPadam
  12. Aduii.. lapar tengok menu-menu tu... nampak sedap belaka..

    BalasPadam
  13. terus teringat pantun.. pen merah pen biru.. you marah i love you.. haha..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.