Maksud Bulan-Bulan Islam



Assalamualaikum dan Selamat Malam... Salam 1 Rejab.. Bonde ingin kongsikan Maksud Bulan-Bulan Islam.

Maksud Bulan-Bulan Islam




Melalui catatan sejarah, Ka’ab bin Murrah merupakan orang pertama yang mula menamakan bulan-bulan ini. Beliau merupakan datuk Rasulullah SAW yang kelima.

Berikut merupakan maksud bagi nama-nama bulan ini:

#1 – Muharram: 

Salah satu bulan yang diharamkan untuk berperang dan terjadinya pertumpahan darah di antara kaum setelah.

#2 – Safar: 

Bermaksud kosong kerana pada waktu ini negeri menjadi kosong dan tidak ramai penduduk disebabkan mereka pergi berperang selepas habis bulan Muharram.

#3 – Rabiulawal:

 Permulaan kepada musim bunga.

#4 – Rabiulakhir: 

Pengakhiran kepada musim bunga.

#5 – Jamadilawal: 

Jamad yang membawa maksud beku. Ia merupakan permulaan kepada musim sejuk.

#6 – Jamadilakhir: 

Pengakhiran kepada musim sejuk .

#7 – Rejab: 

Salah satu bulan haram kerana ia merupakan bulan yang dihormati. Perkataan rejab bermaksud menguatkan sesuatu. Masyarakat Arab menamakan bulan tersebut sebagai Rejab kerana pada bulan ini mereka membuat sokongan pada pokok-pokok kurma yang hampir tumbang. Disebabkan itulah, mereka tidak boleh berperang.

#8 – Syaaban: 

Ia berasal daripada perkataan sya’ba yang bermaksud berpecah dan menyimpang. Kabilah-kabilah Arab berpecah dan bermusuh untuk berperang setelah berakhirnya bulan Rejab.

#9 – Ramadan:

Ia bermaksud sangat panas.

#10 – Syawal: 

Berasal daripada perkataan syala yang bermaksud mengangkat. Ia dikatakan waktu unta mengawan.

#11 – Zulkaedah:


Ia bermaksud duduk. Ia diambil kerana pada waktu ini orang Arab hanya duduk di rumah sahaja tanpa peperangan yang berlaku.

#12 – Zulhijjah: 

Diambil dari perkataan hajj, iaitu bulan haji. Pada bulan ini, umat terdahulu akan melakukan haji mengikut kepercayaan masing-masing.


Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2022 / 1443-1444 H Bagi Malaysia






 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ada sesetengah maksud bulan dah diketahui... tapi ada yang belum tahu. Hari ini dah dapat tahu. Terima kasih berkongsi maklumat dengan saya...

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian bonde

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.