Syukur Alhamdulillah Rayan Telah Ditemui



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Syukur Alhamdulillah Rayan Telah Ditemui

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Berita viral hari ini mengenai kanak-kanak yang bernama Rayan.

#PrayForRayan

Berita dari pekan Tamorot, Chefchaouen, Maghribi. Pasukan penyelamat telah berjaya mengali lubang dan semakin hampir dengan kedudukan Rayan iaitu dianggarkan sejauh 1.8 meter sahaja lagi..




Dianggarkan sekitar 3-4 jam untuk proses pengalian baki tanah yang sedia ada untuk mereka sampai ke tempat Rayan berada.

Namun pihak penyelamat terpaksa lebih berhati-hati kerana struktur tanah di tempat pengalian tersebut merupakan gumpalan pasir dan batu serta berisiko untuk terlerai atau runtuh.


Dikhabarkan anak kecil ini telah berada lebih 96 jam berada di kedalaman perigi tersebut. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat Maghribi.
Semoga adik Rayan dapat dikeluarkan dengan selamat.

Kronologi Kisah Rayan


1) 1 Feb 2022 :Rayan mengikuti bapanya untuk membaiki sebuah perigi berdekatan dengan rumah. Bapanya tidak perasan bahawa anaknya sebenarnya sudah hilang dan akhirnya dilihat Rayan sudah berada didalam perigi kering tersebut.

Bapanya cuba meminta tolong dari kejiranan namun hampa kerana kedalaman perigi serta tiada peralatan yang tepat untuk turun kebawah.

2) Bantuan dari pihak berkuasa diminta dan mereka menghantar pandangan kamera bagi memastikan bahawa Rayan masih lagi bernyawa.

3) Keadaan perigi yang sempit menggagalkan cubaan mereka bagi menghantar seorang rescuer. Keadaan semakin dalam dan semakin sempit ini membuatkan mereka hilang udara dan tekanan juga semakin tinggi.

Bahkan cubaan seorang kanak-kanak yang menawarkan diri untuk turun kebawah pun gagal kerana pengudaraan yang tidak stabil.

4) Bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar kepada Rayan menggunakan tali (bersamaan sebuah kamera)

5) Misi penyelamatan ini siap melibatkan arkitek bagi mencari idea menyelamat dan akhirnya mereka memilih satu plan (berdasarkan gambar dibawah).

6) Sekurang-kurangnya lima pengorek tanah digunakan untuk melaksanakan rancangan yang bakal dicuba oleh pihak rescuer. Mereka cuba membuka lubang pintu dari sebelah kedudukan perigi.

7) 5 Feb 2022 : Updated setakat ini, mereka sudah mengorek pintu keluar sedalam 28m namun risiko plan ini seolah dihujung tanduk. Ada kemungkinan berlaku tanah runtuh hingga mampu meragut keselamatan Rayan.

Setakat ini, misi penyelamatan tidak henti sejak tiga hari yang lalu. Tidak kira siang dan malam, mereka masih giat melaksanakan misi.

Sebenarnya misi ini membuatkan beberapa pertelagahan kerana dikira ia memberi tekanan tentang keselamatan Rayan. Setiap korekan diambil kira sektor struktur pergerakan tanah dan menyediakan plan lain juga harus ada. Mereka tidak mahu misi ini berakhir dengan kemalangan yang mampu melibatkan kehilangan nyawa.




12.00 malam 6/2/22  : Syukur Alhamdulillah Rayan berjaya diselamatkan. Info dari FB : hotfm976/

6.30 pagi 6/2/22 : Perkabaran sedih diterima pagi ini, Adik Rayan telah menemui penciptanya... Al fatihah untuk arwah.  Dan takziah untuk ahli keluarga

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Dah sampai ajalnya...innalillahiwainnailaihirojiun...

    BalasPadam
  2. al-fatihah untuk arwah rayan :(

    BalasPadam
  3. Kisah ini memang tragis dan perlukan ramai pihak untuk membantu.

    bagaimanapun sudah ajal Rayan untuk menemui Pencipta terlebig dahulu

    BalasPadam
  4. innalillah rayan anak syurga. kesian dia tapi tentu dia lebih bahagia kat sana

    BalasPadam
  5. sedih bila dapat tahu adik Rayan meninggal dunia lepas berjaya dikeluarkan. Banyak juga tulang dia patah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah walaupun umurnya tak panjang.. sedih bila dengar berita ni..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.